Monday, November 28, 2011

JKKK SELEWENG DUIT E-KASIH , SUBSIDI MINYAK DAN PERUNTUKAKN RM200? SILA SIASAT SEGERA TUDUHAN INI!!!

KUANTAN, 28 Nov - Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) digesa menyiasat dakwaan berlaku penyelewengan oleh Pengerusi Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung (JKKK) Sungai Karang dekat sini tentang program e-Kasih. Beliau yang dikenali sebagai Tok Empat Awang Kassim itu benar-benar telah mengecewakan para penduduk di kawasan terbabit.

Ini kerana terdapat banyak laporan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang telah dilakukannya dengan memanipulasi program e-Kasih untuk kepentingan ahli keluarga, sahabat dan kroni-kroni beliau sendiri.

Program yang bertujuan untuk membantu golongan miskin yang berpendapatan kurang dari RM1000 itu telah digunakan sewenang-wenangnya kepada mereka yang "tidak layak". Paling menyedihkan, tindakan beliau itu tidak diendahkan biarpun telah beberapa kali dibantah oleh penduduk.

Akibatnya, penduduk yang layak mendapat bantuan di"persiakan", sebaliknya mereka yang hampir dengan beliau mendapat peruntukkan yang disalurkan oleh kerajaan itu.

Menurut seorang penduduk, beliau kecewa kerana kroni Tok Empat terbabit mendapat peruntukan daripada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dibawah program e-kasih, sedangkan mereka bukannya nelayan. "Seorang kroninya bernama Zainuddin Hitam dapat sebuah bot fiber, enjin bot dan juga pukat sedangkan beliau tidak pernah turun ke laut, tidak memiliki lesen ke laut bahkan tidak pernah pun memancing di tepi laut selama ini yang bertugas sebagai Pemandu Felda", kata beliau.

Seleweng Subsidi Minyak Dan Peruntukan RM200

Penyelewengan juga berlaku kepada Subsidi Minyak Petrol dimana Tok Empat terbabit dipercayai telah menjualkannya kepada pihak yang tidak layak. "Difahamkan nama di atas kad penerima subsidi ialah Abd Majib Abd Wahab iaitu seorang pemandu lori tetapi yang menggunakan lesen itu ialah abang ipar Tok Empat terbabit yang dikenali sebagai Abd Rashid Muda", kata seorang penduduk lagi. Selain daripada itu, terdapat nama-nama mereka yang mencurigakan dan tidak layak tetapi telah mendapat kemudahan daripada Jabatan Perikanan Pahang. Antara nama-nama terbabit ialah seperti Sharif Abdullah, Abd Majid Abd Wahab dan Abd Rashid Muda sendiri. Kesemua mereka mempunyai hubungan keluarga dan merupakan proksi kepada Tok Empat berkenaan sebenarnya. Malah, bantuan peruntukan RM200 untuk nelayan juga telah diagih-agihkan oleh beliau kepada ahli keluarganya yang tidak layak. Inilah yang mengecewakan penduduk.

N'N:JKKK=UMNO.

SUMBER

No comments: