Tuesday, November 29, 2011

INI SEBABNYA KENAPA AKU CAKAP FITNAH ITU SEBAHAGIAN DARIPADA UMNO.

Pendedahan Buku Sulit Umno - Arahan Rasmi Sebar Fitnah

http://3.bp.blogspot.com/-jn4zpdIami4/TtRKZzJnIxI/AAAAAAAAAPk/q92Xf601pJ0/s1600/buku_program.jpg



Ayat yang tertera dalam kotak merah itu ialah:

1. Mencipta dan menyebarkan fitnah yang boleh diterima oleh pengundi, dengan cara mencipta persepsi negatif terhadap pembangkang.


“Tetapi kita berdepan sedikit cabaran di hadapan kita. Kita perlu melalui
jambatan pilihan raya umum akan datang.”


Begitulah kata Najib Razak semalam yang menegaskan adalah “amat penting” bagi Umno dipilih semula pada pilihan raya umum akan datang.


Dengan kata-kata itulah, maka Umno amat terdesak sekarang ini mengaut undi dengan “apa- cara sekalipun”.


Selama ini Umno telah menggunakan taktik kejam untuk menipu, menyebarkan fitnah dan menanam perasaan takut di kalangan orang Melayu serta menggunakan ugutan, dengan tujuan untuk mengaburkan mata rakyat daripada skandal-skandal kewangan dan rasuah yang telah mengakibatkan kehilangan beratus-ratus bilion ringgit.


Terbaru, Buku Panduan Pilihanraya Umum yang ‘Sulit’ telah dikeluarkan oleh Umno secara rasminya kepada jentera pilihanraya mereka. Dalam kandungan buku tersebut, diberikan arahan rasmi supaya menyebarkan fitnah seberapa banyak yang boleh untuk menyakinkan pengundi terutamanya orang-orang Melayu.


Pendedahan ini dibuat semasa Kongres Tahunan Keadilan baru-baru ini, dimana Dato’ Seri Anwar Ibrahim mendedahkan perkara ini. Beliau menyatakan buku panduan tersebut telah diterima dari seorang ahli Umno,yang menyokong kita.


Ahli Umno tersebut menyatakan ramai lagi ahli Umno yang sudah muak dan benci dengan Umno, tetapi terpaksa menunjukkan sokongan atas sebab-sebab tertentu.


Menurut Anwar Ibrahim lagi, buat sekarang ini buku panduan tersebut telah diserahkan kepada YB Azmin Ali untuk tindakan selanjutnya.


Inilah bukti bahawa Umno akan membuat apa sahaja terutamanya pembunuhan karektor Anwar Ibrahim dan melagakan antara parti-parti Pakatan Rakyat.


Umno silap… Rakyat bijak menilai….

sumber

N'N:Sekarang korang dah tahukan kenapa fitnah dilakukan oleh bloggers & Facebookers UMNO/BN, kerana mereka telah mendapat arahan.....

No comments: