Friday, November 25, 2011

ANDA BAYANGKAN KERANA MASALAH PENGANGURAN YANG TERUK LULUSAN PHD INI BERKERJA SEBAGAI JAGA.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi_3-mD98wwWaP-GfeaT1PqkUNgvB4WYl9uuWLruOTQ_vqhE1g6R8oeFfKnWnFjyUEsrXQLLu7yp-C_4QfkbLhX2WNaB9mq27rxXJFFwlggUIRD6uZqEOBfkGPRgS1Y2OWVZICkUV-qOC_8/s1600/phdguard_288_f.jpg

Jaipur, Rajasthan. Disebabkan tidak ada kerja kosong dengan masalah penganguran yang teruk seorang lulusan PhD di sana terpaksa bekerja sebagai penjaga hutan. Selain daripada beliau ada lagi lulusan lain seperti peguam, dan garaduan universiti lain yang terpaksa bekerja sebagai jaga di hutan bagi memelihara pokok-pokok di sana.

Vagata Ram Chaoudry merupakan seorang lulusan PhD dalam bidang sejarah terpaksa menunggu selama 6 bulan dengan bekerja sebagai jaga sebelum mendapat tempat sebagai pensyarah di sebuah Universiti di Rajasthan. Dia terpaksa berjalan kaki sejauh 10 ke 15 kilometer setiap hari dalam menjalankan tugasnya menjaga pokok hutan.

Begitulah nasib malang apabila kerajaan tidak dapat menyediakan peluang pekerjaan yang cukup kepada rakyatnya. Bagi mereka yang cekal dan tidak ada perasaan ego sudah tentu tidak akan menghadapi masalah untuk turun ke bawah bagi mencari sesuap nasi. Asalkan rezeki yang dapat adalah halal kerja apapun bukanlah menjadi satu masalah.

N'N:Mahukah orang Melayu kita yang bergelar Dr kerja jadi jaga? Kalau bagi UMNO/BN mandat lagi untuk memerintah negara benda ini tak mustahil berlaku disini....

SUMBER


No comments: