yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Sunday, June 19, 2011

Butik Adidas Versi China.



N'N:Sekali ADIDOS da......

PM Memang Prihatin,Lihat Mangsa Kemalangan, PM Terus Turun Dari Kereta Dan Jadi Orang Pertama Membantu.

PM Malaysia?



Bukanlah..Tapi PM ni:



Lihat Mangsa Kemalangan PM Palestin Terus Turun Dari Kereta


REPUBLIKA.CO.IDGAZA – Sebuah peristiwa kemalangan terjadi tepat ketika rombongan PM Palestin, Ismail Haniyah, melalui di jalan yang memisahkan antara Deir Balah dan Gaza. Haniyah terus turun dari kereta untuk menyelamatkan warga yang menjadi mangsa dalam kemalangan pada Sabtu (18/6) tersebut.

Kemalangan yang terjadi tepat ketika rombongan Haniyah lalu tersebut mengakibatkan 8 orang warga terluka. Para saksi menyebutkan, begitu melihat peristiwa tersebut PM Haniyah langsung turun dari kereta dan segera memberikan bantuan sendiri. Dia memberikan pertolongan pertama sebelum para mangsa diangkut ambulans kehospital di kota Gaza.

Pejabat perdana menteri mengatakan bahawa Haniyah menyaksikan kemalangan dua buah kereta saat rombongan yang membawanya melalui lokasi kejadian. Dia langsung memerintahkan pengawalnya menghentikan kereta untuk segera memberikan pertolongan kepada warga yang menjadi mangsa. Diapun turun untuk menenangkan warga dan memberikan bantuan sampai akhirnya ambulan mengangkut korban ke hospital.

Sumber


N'N:Ini betul2 PM yang hebat....

Kegunaan Lain Untuk Proton Perdana V6, Jangan Terkejut....

Bawa lembu curi dengan Proton Perdana V6

ALOR GAJAH: Taktik tiga lelaki menyamar sebagai anggota polis yang melakukan rondaan cegah jenayah sebelum mencuri seekor lembu jantan di Simpang Guthre, Tebong, dekat sini, kecundang apabila seorang daripada mereka ditahan polis, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 3.45 pagi, tiga lelaki berusia 40-an itu memberhentikan kereta Proton Perdana V6 dinaiki mereka selepas menyumpit lima ekor lembu di dalam pagar rumah penduduk dikenali sebagai P Bakachander, 47.


Jurucakap polis berkata, mangsa menyedari gerak-geri tiga suspek itu yang berlegar-legar di persekitaran rumahnya sebelum menyumpit lima lembu dan memasukkan seekor daripadanya ke dalam kereta dan melarikan diri.


Mangsa kemudian menghubungi polis sebelum anggota peronda yang meronda di sekitar Alor Gajah serta berdekatan mengesan dan mengepung kereta terbabit di setiap penjuru jalan raya ke arah Bukit Bulat.


“Bertindak atas maklumat itu, enam kereta peronda bergegas ke lokasi sebelum terserempak dengan kereta suspek bergerak laju ke arah Hutan Percha, Kemuning kemudian ke Solok Menggong sebelum berpatah balik dan berselisih dengan sebuah kereta peronda.


“Anggota peronda kemudian mengejar kereta suspek yang memecut laju dan berjaya menghalangnya ketika kereta itu membelok ke arah Machap,” katanya.



Menurutnya, ketika kenderaan suspek dikepung, mereka cuba melarikan diri dengan keluar menuju ke arah ladang kelapa sawit berhampiran, namun seorang daripada mereka tidak bernasib baik apabila kakinya terbolos ke dalam longkang sebelum ditangkap.


“Dua suspek lagi gagal dikesan kerana melarikan diri di dalam ladang sawit dan pemeriksaan ke atas kereta menemui satu sumpit menggunakan bahan PVC dan pelekat lambang polis,” katanya.



Sementara itu, Balachander berkata, ketika kejadian dia berada berdekatan lembunya di dalam kawasan berpagar selepas menyedari sebuah Proton Perdana V6 di depan rumahnya dalam keadaan mencurigakan.


“Beberapa minit selepas itu lima ekor lembu saya tumbang tanpa menyedari ia disumpit tiga lelaki dari dalam kereta tadi sebelum mereka mendekati saya sambil mendakwa anggota polis.


“Pakaian mereka ada lambang polis dan saya melihat seekor lembu rebah berhampiran pagar manakala empat lagi di dalam pagar sebelum mereka mengangkat dan memasukkan lembu di tempat duduk belakang dan terus beredar.


“Saya pelik apabila mereka memasukkan lembu yang pengsan ke dalam kereta yang diubah suai sedangkan pada mulanya mendakwa anggota polis,” katanya.myMetro

Kisah Perogol Muda Berumur 10 Tahun!!!

Dua Anak Sekolah Rendah Ditangkap Kerana Perkosa Teman Sekolahnya

TRIBUNNEWS.COM - Dua anak laki-laki yang berusia 10 tahun dan masih sekolah rendah ditangkap kerana berkait pemerkosaan empat anak perempuan di sekolah yang sama. Demikian dilapo AsiaOne, Jumaat (18/6/2011).

Menurut polis, tiga tertuduh termasuk seorang budak sekolah rendah yang berumur 10 tahun memperkosa budak perempuan berumur lapan tahun dan sembilan tahun pada 31 Mei ketika sedang memetik daun apsintus. Mereka kemudian diperkosa di semak.

Daun Apsintus digantung di depan pintu rumah penduduk saat Festival Perahu Naga yang jatuh pada 6 Jun lalu. Korban dengan ditemani oleh keluarganya kemudian melaporkan kejadian ini di balai polis di wilayah Guandong, China.

Sumber

N'N:Nauzubillahiminzalik.

Sistem Keselamatan Kereta Yang Paling Murah Dipasaran Sekarang.

image
betul-betul punya lawak..yang penting keselamatan kereta terjaga….

sumber:borakkosong

Bersih 2.0: Kami Tak Gentar Dilayan Begini!!!




Firman Allah S.W.T:

“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang membuat zalim nanti kamu akan disambar oleh api neraka sedangkan kamu tiada sebarang penolong pun selain dari Allah. kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan” (Surah Hud: 113)

Hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

“sebaik-baik orang-orang yang mati syahid ialah Hamzah r.a dan seorang lelaki yang pergi kepada pemimpin yang zalim, lantas menyuruhnya melakukan makruf dan menegahnya dari kemungkaran, lantas dia dibunuh”.

" JIHAD YANG PALING UTAMA IALAH (MENYAMPAI) KATA-KATA BENAR DIHADAPAN PEMIMPIN YANG MENYELEWENG ". (HR At-Tarmizi & Ibnu Majah)

N'N:BERSIH ialah pehimpunan aman, tujuannya hanyalah untuk menghantar memorendum untuk Pilihanraya yang Adil dan Tulus, tapi aksi-aksi diatas ialah kerana provokasi oleh anjing-anjing pemerintah zalim yang berselindung disebalik uniform2.....

Malaysia kalahkan Myanmar 2-0

KOTA BHARU 18 Jun - Malaysia mengekalkan rekod tanpa kalah semenjak menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 selepas membenam Myanmar 2-0 di Stadium Sultan Mohamad ke-IV, sebentar tadi.

Dua gol jaringan Harimau Malaya dihasilkan oleh Mohd. Amirul Hadi Zainal pada minit ke-28 dan Baddrol Bakhtiar pada minit ke-53.

N'N:Syabas!!!

Berita Yang Korang Tak Akan Dengar Dalam TV1,TV2,TV3 Dan Media2 Pencacai Yang Lain, Jadi Sila Baca Disini.

MB Selangor prihatin serah RM483,800 kepada 84 keluarga setinggan.



Seramai 84 keluarga setinggan Kampung Kok Doh di Bandar Baru Selayang hari ini menerima saguhati pemindahan dan bantuan perumahan daripada Kerajaan Negeri Selangor bagi menjayakan projek perumahan Bukit Botak yang akan menempatkan 1,200 peneroka bandar yang telah menunggu lebih 20 tahun untuk memiliki rumah.

Penduduk Kampung Kok Doh, yang tinggal di atas tanah milik anak syarikat kerajaan Negeri Selangor yang terletak di sebelah Kampung Bukit Botak telah menerima saguhati berjumlah keseluruhan RM483,800 dari Dato Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu majlis penyampaian cek di Dewan Kompleks Pegawai Daerah Gombak di Selayang tengahari tadi.

Saguhati pemindahan tersebut bukan sahaja melibatkan bantuan pemindahan sebanyak RM500 seorang tetapi juga tawaran dan bantuan pembelian rumah Semi-D Bukit Botak atau rumah kos rendah - mengikut kelayakan masing-masing.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad, Pegawi Daerah Gombak Ahmad Zaharin Mohd Saad dan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Othman Omar.

Dari 84 keluarga, 63 telah layak membeli rumah Semi-D Bukit Botak dengan harga RM99,000. Mereka juga telah diberi peruntukan tambahan RM3,600 seorang sementara menunggu rumah siap dalam masa 12 bulan, serta saguhati pemindahan RM500.

Seramai 20 keluarga yang layak membeli rumah kos rendah RPKR di Selayang Mulia yang bernilai RM42,000 telah diberi subsidi RM7,000 untuk pembelian rumah. Ini bermakna mereka hanya membayar RM35,000 untuk memliki rumah RPKR.

Selain itu, mereka menerima peruntukan tambahan RM1,500 serta saguhati pemindahan RM500 seorang,

Dalam ucapannya sempena majlis penyampaian cek itu, Menteri Besar mengucapkan terima kasih kepada penduduk Kampung Kok Doh yang memberi kerjasama kepada kerajaan negeri dalam pemindahan ini kerana ianya akan menjayakan projek perumahan Bukit Botak yang akan memberi penyelesaian menyeluruh kepada masalah setinggan dan peneroka bandar.

"Dahulu, penduduk dipujuk menyerahkan hak tanah mereka kepada syarikat pembinaan yang telah gagal untuk membina rumah dan membayar pampasan seperti yang dijanjikan. Bila kita jadi kerajaan pada Mac 2008 kita dapati sudah 20 tahun mereka menunggu. Dalam masa 2 tahun kita dapat merancang penyelesaian yang menyeluruh. Sekarang rumah sedang dibina oleh PKNS dan akan siap mengikut jadual," katanya.

Beliau berkata kerajaan Negeri komited dalam memastikan nasib peneroka bandar terbela di mana perancangan pembinaan projek perumahan dibuat dengan rapi agar mereka mendapat hasil yang baik.

"Dahulu yang dijanjikan rumah kos rendah RM45,000. Untuk penambahbaikan, kita arahkan PKNS membuat perancangan membuat rumah semi-D dengan harga RM99,000. Jika tidak mahu, PKNS bersedia membeli rumah pada harga RM170,000.

Oleh itu pemilik tanah tidak rugi apa-apa kerana keuntungan mereka terjamin. Di kawasan ini, ada yang sanggup membeli rumah Semi D pada harga RM220,000. Jadi tiada siapa yang rugi," katanya.

Beliau berkata projek ini adalah bukti hasil kesungguhan dan komitmen Kerajaan Selangor menyelesaikan masalah perumahan terbengkalai sejak 25 tahun lalu yang gagal diselesaikan oleh pihak pentadbiran terdahulu.

Kerajaan Negeri pada mulanya menghadapi kesukaran untuk membantu membaik pulih projek terbengkalai ini kerana hak milik terhadap lot-lot tanah telah diserahkan kepada syarikat pemaju yang terdahulu.

Menteri Besar kemudian mengambil keputusan mengarahkan tanah berkenaan diambil alih oleh kerajaan negeri sebagai jalan penyelesaian terbaik demi kepentingan penduduk Bukit Botak.

Sehingga kini projek ini berjalan lancar dengan kemajuan di tapak telah mencapai 21 peratus, dan dijangka siap menurut jadual iaitu pada bulan Jun 2012



Sumber

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)