Saturday, June 25, 2011

Tanpa Sedar Mungkin Aku Pun Blogger Yang 'Ujub'.....

Merendah diri dalam berblog

Dunia blog banyak cabarannya. Seorang penulis blog yang ingin bukan hanya seorang yang boleh menulis atau update blog tiap-tiap hari, tapi juga perlu memastikan tulisan mereka bermanfaat atau diminati ramai. Bila dah lama berblog tu, mestilah semakin bertambah bilangan pengikut atau follower. Bagi yang buat duit dengan blog juga, pendapatan jugak mungkin bertambah. Entah-entah dah kena bayar cukai sebab pendapatan dari blog je dah lebih RM2500? Hehe.


Cabaran Seorang Blogger

1. Follower atau Pengikut yang ramai

Pengikut atau follower ni ada banyak jenis, ada yang menjadi fans anda di facebook page, ada yang follow melalui Google Friend Connect seperti di sidebar blog ini, dan mungkin juga ada yang melanggan RSS blog anda melalui email atau Google Reader. Jadi, secara tidak langsung bila follower dah ramai, mungkin ada akan merasa bangga dengan blog dan diri sendiri. Ingatlah, bila dah berjaya, jangan pandang rendah pada blog-blog ‘picisan’ kerana mereka jugaklah yang terus support anda.

2. Trafik tinggi

Memang tak dinafikan, blog yang popular memang trafik akan tinggi. Bila trafik dah tinggi tu bersyukur lah. Tak perlulah kot sampai tiap-tiap minggu buat review trafik, nak buat apa? Nak pujian dari orang ke? Kalau nak sangat simpan buat kenangan, screenshot pastu simpan dalam folder dah lah kan. Satu lagi, bila dah trafik tinggi tu, jangan ingat ia akan kekal.

3. Blog dan penulis blog semakin popular

Ada orang memang kejar populariti dalam berblog. Lantaklah. Tapi jangan lupa, populariti juga adalah salah satu punca ujub atau bangga terhadap diri sendiri. Nanti dah popular, jangan pandang rendah pada orang lain. Populariti tak kemana.

4. Komen yang memuji

Ahaha. Ni pun saya tak suka, sebab tu lah saya kurang gemar komen yang berbentuk berikut, kerana nanti taktau nak reply apa. hehe :D

* “Nice one bro”
* “Mantap lah blog ko ni”
* “Terbaiklah lah entry ni”

Kepada tukang memberi komen bukan sekadar memuji, tapi juga mengkritik dan memberi pendapat.

Keperluan Merendah diri dalam berblog

Dalam apa-apa yang kita buat pun, termasuk berblog jangan lupa merendah diri. Ujub atau bangga terhadap diri sendiri termasuklah seperti berikut:

“Wah trafik aku lagi mantap lagi trafik die”

“Wah follower blog aku lagi banyak dari blog die”

“Wah PR blog aku lagi bagus dari blog die”

Cuba elakkan menulis entry yang boleh membanggakan diri sendiri. Income tu tak perlulah nak tunjuk tiap-tiap minggu, orang lain pun ada juga. Tunjuk income buat apa, nak orang lain tengok lepas tu puji ke? Hehe.

Ya ALLAH, kekalkan kami dalam keadaan rendah diri semasa berblog.

Sumber

N'N:Ada kebenaran juga kata blogger ni, semua blogger kena bermuhasabah sebab kadang-kadang ujub itu wujud dalam diri kita tanpa kita sedar samada melalui tulisan mahupun dalam hati kita. Kita sendiri kenal siapa diri kita......

No comments: