yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Thursday, June 16, 2011

Tahniah Buat 30,000 Pemuda Perak Yang Akan Sertai Bersih 2.0.

http://1.bp.blogspot.com/_AnovcU-a9ZY/TNZSZGKMcrI/AAAAAAAAMUY/E3ZuXuBq_Bg/s1600/hd_bersih_27.png

IPOH, 16 Jun: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak menyokong penegasan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan bahawa akan tetap menerus perancangan bagi menjayakan himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai ini di Kuala Lumpur.

Ketua penerangannya, Mohd Akmal Kamarudin berkata, seramai 30 ribu akan bersama-sama untuk turun di dalam himpunan tersebut dan menyeru kepada rakyat Negeri Perak yang dinafikan hak mereka memilih menteri besar yang sah supaya dapat turut bersama.

“Kami tegaskan bahawa apa yang akan dilakukan ini adalah satu jihad menegakkan keadilan dan kami ingin pastikan satu cara yang akan merubah sistem pilihan raya yang benar-benar bersih tanpa penyelewangan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau mengulangi bahawa himpunan itu bukan bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan, tetapi ianya bertujuan menuntut agar kerajaan akur dengan tuntutan rakyat supaya pilihan raya perlu bersih bagi memastikan Umno Barisan Nasional (BN) tumbang pada pilihan raya yang akan datang kerana telah banyak menyusahkan dan menipu rakyat selama ini.

“Kita hanya menuntut pihak Kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia agar melaksanakan tuntutan penggunaan dakwat kekal (sebagaimana yang dilakukan di Indonesia dan India) untuk menghalang pengundian berganda, pemansuhan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi lain di luar negara.

“Penyemakan semula daftar pemilih yang lengkap demi memastikan segala kesalahan dan ketimpangan yang sedia ada dapat dihapuskan dan menyediakan satu daftar pemilih yang sebenar-benarnya telus dan meyakinkan,” katanya.

Selain itu, ujarnya semua parti yang bertanding sepatutnya menerima akses yang sama rata kepada media yang dikawal kerajaan terutamanya TV dan radio.

Tambahnya, iklan politik daripada semua parti mestilah diterima tanpa sebarang sikap pilih kasih sementara media juga perlu memberi hak menjawab sekiranya terdapat laporan berunsur negatif yang berkaitan dengan seseorang ahli politik atau parti politik.

“Kami tidak gentar dengan pelbagai ugutan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab bagi memastikan kegagalan himpunan ini nanti tetapi

kami pertegaskan bahawa himpunan tersebut adalah hak dan demokrasi yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara.

“Kami bersama badan bukan kerajaan atas nama Bersih akan bersedia berdepan dengan Perkasa yang mengetuai Kotor (Badan Bertindak Pilihanraya Kotor) nanti,” katanya.HD

N'N:Pemuda Perak memang manthop(macam puji diri sendiri pulak) he3.............

Ini Bukti Kereta Toyota Paling Terbaik.....

Walupun nampak buruk toyota ini tapi enjin masih tip top...
boleh pergi kemana-mana...









sumber

N'N:Tapi aku pelik sikit, macam mana kereta ni boleh lepas ujian Puspakom....

Blogger Yang Baru Berusia 12 tahun Ini Diancam Bunuh Kerana Kritik Pemerintah.

Seorang remaja berusia 12 tahun kini menjadi target pembunuhan akibat tulisan di blognya. Tanpa takut remaja bernama Pocesta Rastko itu menentang pemerintah Serbia, dengan menginginkan pengiktirafan negara Kosovo.

Kalau dilihat, seorang anak yang kelihatan dungu ini tidak mungkin menjadi sasaran pembunuhan. Namun kaum Nasionalis Serbia , menjadi marah dengan tulisannya.

Dalam blognya, dia menginginkan hubungan yang lebih baik antara Serbia dan Uni Eropa. Lantas dia pun meminta pengakuan atas negara Kosovo yang telah memisahkan diri, serta mengutuk pembunuhan yang dilakukan negaranya.

“Saya seorang Serbia, tapi mengakui Kosovo sebagai negara merdeka,” tulis Rastko dalam postingannya. Walau pemerintah Serbia tak mengakui Kosovo, tapi Rastko menjelaskan bahawa dia punya mempunyai pandangan berbeza dari negaranya. “Kerana itu adalah masa depan kita, kita tidak boleh lagi melihat masa lalu, ” tambahnya.

Kerana tak menerima penulisannya seorang kaum nasionalis Serbia mengancam dengan balasan diblog tersebut. “Aku akan menunggumu didepan sekolah kemudian membunuhmu, ” tulisnya. Ibu Rastko, Suzanna yang mengetahuinya, langsung menghubungi polis setempat untuk meminta perlindungan.

“Saya seorang aktivis hak asasi manusia yang independent. Saya tak takut untuk berbeza pendapat dan saya anti-kekerasan,” kata Rastko dalam sebuah wawancara dirumahnya yang sederhana di pusat kota Belgrade, Serbia. Dia berkata dengan nada suara yang bijaksana dan diplomatis jauh dari usianya.

“Aku memang sedikit khuatir. Tapi aku tak takut. Aku akan meneruskan apa yang aku lakukan. Mungkin ini sulit untuk ibuku kerana dia seorang yang apatis, kebanyakan dari kita memang tidak setuju dengan politik,” kata remaja ini tanpa ragu.

sumber : http://www.detikinet.com

N'N: Diugut bunuh kerena mengiktiraf negara Islam, aku salute blogger muda ni....

Aksi Terlampau Seorang Gadis.......


N'N:Pedulikan mata yang memandang......

Sumber:Radens Al-Banjari

Cara Upgrade Laptop Tak Berjenama Jadi Laptop Berjenama Terkenal, Sangat Mudah & Praktikal

Tak perlu berbelanja besar untuk tukar RAM & Harddisk anda cuma perlu gunakan tape sahaja tapi pastikan saiz yang lebar....Mudah bukan:



Sama tak dengan laptop dibawah ni:



N'N:Pedulikan apa orang nak kata, buat muka selamber jer......

Senarai Web Yang Telah Diserang Dalam "OperationMalaysia"



http://www.techspere.com/wp-content/uploads/2011/06/30-Operation-Malaysia_thumb.jpg

Berikut adalah antara web yang diserang. Ada di antaranya yang di hack, dan ada yang di DDOS. Kebanyakannya adalah laman web milik kerajaan, dan serangan dilakukan atas tindakan SKMM menyekat pengguna internet dari melayarti 10 laman web muat turun.


N'N:Kalau boleh nak mintak diaorang hack SPR dan keluarkan daftar pengundi hantu.......

PENDEDAHAN:Laman Web Facebook Untuk Golongan Murtad Di Malaysia, Telah Menghina Islam!!!




Laman kumpulan di Facebook ini diwujudkan sebagai kumpulan sokongan buat mereka yang telah Murtad di Malaysia dan singapura. Berikut ialah link akaun Facebook itu https://www.facebook.com/home.php?sk=group_117676498244829.

Setakat ini kumpulan itu telah disertai seramai 221 orang ahli. Individu yang mahu menyertai kumpulan itu telah dinasihatkan untuk menggunakan nama samaran supaya identiti mereka tidak terdedah. Namun apa yang benar-benar menyedihkan ialah apabila anggota kumpulan itu banyak membuat kenyataan yang telah menghina Islam, Menghina Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W dengan menggunakan kata-kata yang kesat.

Berikut adalah salah satu penghinaan terhadap Islam:

Sebagai seorang Muslim apa yang perlu anda lakukan ialah melaporkan penghinaan ini kepada pihak Facebook dengan kadar segera!!!!





Inilah foto Keluarga Hitler Yang Dirahsiakan Bertahun-tahun Lamanya.

Adolf Hitler adalah salah satu figure paling gelap pada abad ke-20. Namun yang lebih gelap lagi adalah kekasihnya, Eva Braun, yang dia rahsiakan dari Nazi Jerman selama bertahun-tahun.

Gambar-gambar kekasih Hitler yang kemudian menjadi isterinya tersebut baru-baru ini muncul dalam Majalah Life (Life Magazine), yang dikeluarkan oleh seorang kolektor dan kurator Reinhard Schulz.





Sumber

N'N:Ternyata Hitler mempunyai anak2 yang comel...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)