Merujuk perkara di atas, saya Richard Bin Simon, nombor kad pengenalan 781015-12-5143 merupakan salah seorang penerima bantuan rumah PPRT kawasan Kemabong, Tenom bagi Tahun 2011. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur dan berbanyak terima kasih kepada Kerajaan Barisan Nasional, khususnya BN Kemabong, Tenom kerana telah meluluskan permohonan bantuan rumah PPRT saya.
Terasa sangat gembira kerana saya dan keluarga saya bakal mempunyai rumah sendiri. Namun tujuan saya menulis surat aduan ini adalah untuk menyatakan rasa tidak puas hati saya dan keluarga tentang keadaan rumah bantuan PPRT yang telah siap dibina, tetapi tidak mematuhi kualiti dan spesifikasi yang ditetapkan.
Terasa sangat gembira kerana saya dan keluarga saya bakal mempunyai rumah sendiri. Namun tujuan saya menulis surat aduan ini adalah untuk menyatakan rasa tidak puas hati saya dan keluarga tentang keadaan rumah bantuan PPRT yang telah siap dibina, tetapi tidak mematuhi kualiti dan spesifikasi yang ditetapkan.
Rasa tidak puas hati juga dilemparkan terhadap kontraktor yang telah diluluskan kerana membuat kerja sambil lewa. Disebabkan tarikh siap yang ditetapkan telah tamat, pihak kontraktor telah mengarahkan pekerja-pekerjanya bekerja lebih masa hingga lewat malam sehingga rumah PPRT yang dibina sangat tidak teratur atau ‘Cincai’. Kekukuhan rumah yang dibina juga sangat diragui dan kualitinya amat rendah.
Saya difahamkan pihak kontraktor mendapat kontrak tiga buah rumah PPRT untuk disiapkan iaitu dua buah rumah di Kampung Masanoi dan sebuah lagi saya sendiri (Kampung Mailo). Pada mulanya, barang-barang bagi menyiapkan rumah saya telah dihantar ke tempat saya tetapi pihak kontraktor mengambil balik barang-barang yang ada untuk dibawa ke tempat lain pula.
Apabila dikembalikan semula, barang-barang tersebut telah bertukar. Contohnya seperti mangkuk tandas yang mulanya mangkuk tandas duduk telah ditukarkan kepada mangkuk tandas mencangkung. Saya juga ada beberapa kali melaporkan kepada juruteknik daerah yang bertanggungjawab memeriksa spesifikasi dan kualiti rumah PPRT yang dibina. Mereka (Juruteknik) ada datang memantau rumah saya dan mengesahkan ukuran rumah yang sepatutnya untuk PPRT adalah tidak tepat.
Mereka (Juruteknik) telah membuat pemantauan sebanyak 5 kali. Pihak kontraktor telah dimaklumkan oleh juruteknik berkenaan spesifikasi yang tidak tepat tetapi pihak kontraktor ‘Seperti mencurah air di daun keladi’. Tidak mendengar nasihat yang diberikan oleh pihak juruteknik. Bersama ini saya lampirkan gambar-gambar sebelum dan selepas rumah bantuan PPRT saya siap dibina.
Saya juga memohon agar pihak bertanggungjawab seperti Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah, Pegawai Kemajuan Negeri Sabah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pegawai Daerah Tenom turun padang bagi melihat sendiri keadaan rumah bantuan PPRT saya yang dibina dan menyiasat lesen kontraktor serta kontraktor yang terlibat kerana saya khuatiri berlakunya penyelewengan untuk mengaut keuntungan yang banyak sehinggakan golongan malang seperti saya mendapat padahnya.
Bagi mengelakkan perkara sama berlaku kepada penerima bantuan rumah PPRT yang lain, saya mohon agar penyiasatan segera dilakukan dalam masa terdekat ini. Rumah bantuan PPRT yang saya terima bukanlah untuk tempat tinggal sementara tetapi untuk selama-lamanya bersama keluarga. Namun sekiranya kualiti dan kekukuhan rumah tidak terjamin, saya bimbang akan keselamatan ahli keluarga saya sekiranya berlaku bencana alam seperti angin kencang dan hujan lebat.
Pihak SPRM juga perlu terlibat sama dalam membanteras kontraktor yang hanya mahu mengaut keuntungan lebih berbanding membina rumah mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Rasuah mungkin ada kaitannya dengan kontraktor yang terlibat. Harap disiasat oleh pihak SPRM. Segala kerjasama daripada semua pihak yang terlibat amatlah diharapkan./sabahkini
1 comment:
jgn cepat melatah. sikit2 salahkan umno. kau lah yg salah. kau kan PAS PIS PUS. gi lah mintak dgn org kau.
Post a Comment