Dan aku akan cakap terus kepada point tanpa bahasa berkias-kias....
" Siapakah perokok-perokok paling bodoh di dunia ?"
1. Perokok beragama Islam.
Pak imam, tok bilal, ustaz-ustaz pun ramai yang ketagih merokok. Pakai jubah, pakai kopiah tetapi menghembus asap rokok dengan penuh asyik. Padahal umat Islam adalah manusia yang paling patut sedar bahawa rokok itu sama haramnya dengan dadah.
Nyata-nyata Islam melarang umatnya melakukan perkara yang boleh mendatangkan kerosakan kepada manusia lain (perokok pasif) dan diri sendiri.
2. Perokok yang bekerja sebagai doktor.
Sepatutnya, selepas belajar tinggi-tinggi dalam bidang perubatan, merekalah yang patut tahu bahaya-bahaya merokok kepada kesihatan. Mereka menasihatkan orang lain supaya tidak merokok, sebaliknya mereka juga merokok.
"Lelaki merokok kononnya lebih nampak macho dan stylo, kononnya lebih nampak sifat kejantanan sebenarnya adalah mitos. Ianya hanya kesan psikologi, sama seperti situasi remaja yang merasa diri mereka hebat jika sengaja melanggar peraturan sekolah. Padahal, pada mata masyarakat normal, perokok-perokok ini sebenarnya sedang memperbodohkan diri mereka dalam keadaan bangga"
Nukilan: Lelaki Terkacak Di Malaysia
N'N:Pedas betul bagi siapa yang makan cili padi........
No comments:
Post a Comment