Friday, November 4, 2011

Melayu Dan Islam: Aku Nak Tanya Kepada Lelaki Melayu. Kenapa Korang tak Pergi Solat Jumaat, datang Haidkah???

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiwQScWEfo7OYzVIceveeMWiCV7dJ3aRhIcCAkxy6PIYwAaGuFo0XetDVNc0_MhHPqHJUSX7FBsheu1_EvVvlvZHbT72A_j_KDRNEJvEr3HKxcypHWkVJ5G9c61Z46h1KyuUHSUnrlBbjg/s1600/Tak+solat+Jumaat+2010.jpg


Selamat kembali ke segmen Melayu Dan Islam. Kali ni aku nak tegur kaum lelaki pulak yang perangai Nauzubillahiminzalik.... Apa alasan korang tak pergi Solat Jumaat? Datang Haidkah? Kalau dulu Solat Jumaat menjadi rutin wajib bagi lelaki2 Melayu yang malas solat Fardhu 5 waktu( ini pun dah dikira berdosa besar) tapi masih rajin perji menunaikan Solat Jumaat dan tak pernah meninggalkannya sehingga mereka ini digelar "Ahli Solat Wal Jumaat"...

Tapi sejak kebelakangan ni aku sering ternampak lelaki2 Melayu ni meninggalkan Solat Jumaat. Hoi korang nak jadi apa ni??? Apakah korang ingat solat Jumaat tu sunat? Ketahuilah bahawa solat Jumaat itu WAJIB berdasarkan Firman Allah S.W.T:

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu) yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)."
Surah Al-Jumu'ah (ayat 9)

Kalau korang masih tak sedar lagi korang dengar Sabda Nabi Muhammad S.A.W tentang manusia macam korang:

"Aku bercadang untuk memerintahkan orang lain mengimamkan solat, kemudian membakar rumah-rumah mereka yang meninggalkan solat Jumaat" Hadis riwayat Muslim dan Ahmad.

Masih mahu meninggalkan Solat Jumaat?

No comments: