Thursday, August 18, 2011

Tragis!!! Wanita ini Bunuh Suaminya Hanya Kerana Terlupa Hari Lahirnya.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjHoxgXD_dllVGU3yf3DkHUv8DA9_ydp_MT5xAUnuUiE5KyNxW8iDOjorS3BYF-Wk7WOxz1pvmL0Fc1qFxARHJZ66aUQpvoRln4ec2f9N6o1irULuRdznQ6AjeEJBPgJmx9g3SdnSAZNZlW/s1600/images.jpg
Lyalya Tupikova membunuh suaminya hanya kerana terlupa ulang tahun hari lahirnya

Peringatan!!! janganlah pernah melupakan ulang tahun kelahiran pasangan anda jika tidak mahu nasib anda jadi seperti suami wanita ini.

Khalpik yang berasal dari Rusia dibunuh oleh isterinya sendiri Lyalya Tupikova hanya kerana suaminya itu terlupa hari ulang tahun isterinya yang ke 45 tahun.

Lyalya yang berharap sepulangnya suaminya dari pejabat, dia sangat berharap agar suaminya itu membawa balik hadiah untuk dirinya tapi ternyata suaminya itu tidak membawa apa-apa pun, bahkan saat makan malam dia telah menyajikan makan malam yang agak istimewa untuk merayakan ulang tahun kelahirannya, tapi suaminya itu masih juga tidak menyedarinya.

Akhirnya kesabarannya tak dapat dibendung lagi. Lyalya kemudiannya mengambil pisau dan menikam pisau tersebut tepat dijantung suaminya itu, suaminya yang berusia 50 tahun itu pun rebah dan mati ditempat kejadian. Pihak polis yang datang ketempat kejadian terus menangkap Lyalya setelah menyerah diri dan mengakui kesalahannya itu.(rm)-Freaky News, World News

N'N:Kepada Suami tak salah mengingati hari lahir isteri, mereka hanya perlu dihargai. Ingat bahwa Rasulullah S.A.W seorang yang romantik terhadap isteri-isteri Baginda. Kepada si Isteri pula ingatlah Allah dan ingatlah bahawa suami itu harus dihormati. Setakat terlupa Hari Lahir takkan sampai nak membunuh kut merajuk cukuplah nanti suami pujuklah....

3 comments:

Unknown said...

bahaya betul kalau dapat isteri psyco mcm ni

Na'im Nikmat said...

Ingat sahabat jangan cari isteri macam tu merana badan mu nanti he3....

Anonymous said...

kat malaysia tak bunuh...dia kasi sunat untuk kali kedua hehe