Sunday, August 21, 2011

Tragis!!! Budak Ini Mati Kerana Makan Kacang.

article-2027969-0D7E61BE00000578-454_468x445.jpg (468×445)
Jharell Dillard mati akibat memakan kacang


Atalanta, seorang anak dikatakan telah meninggal dunia, gara-gara memakan snack yang didalamnya mengandungi kacang.

Jharell Dillard 15 tahun, mengidap penyakit alergik makanan. Ini bermakna dia tidak boleh memakan kacang ataupun makanan yang didalamnya mengandung kacang.

Peristiwa itu terjadi selasa lalu saat dia dan bapanya sedang berbelanja di Wal-Mart, pada waktu itu Jharell berlari keluar dari kedai untuk mengambil snack yang disimpan didalam kereta lalu memakannya.

Dia tidak menyedari bahawa snack chocolate chip cookie yang dimakan itu mengandung kacang. Tidak berapa lama kemudian lidah dan kerongkong budak malang itu mula membengkak dan menyumbat saluran pernafasannya.

Ayahnya Charles Dillard mencuba untuk membantu anaknya dengan memaksanya memuntahkan kembali snack yang telah dimakan dan memberikannya ubat anti-alergik, namun pembengkakkan terus berlaku dan akhirnya Jharell menghembuskan nafasnya yang terakhir sebelum dibawa ke Hospital.

article-2027969-0D7E61AA00000578-174_468x327.jpg (468×327)

Charles Dillard(gambar) mengatakan bahawa peristiwa ini boleh dijadikan pengajaran bagi para orang tua agar lebih memperhatikan anak mereka, dia juga mengatakan organ-organ tubuh dari anaknya akan disumbangkan kepada orang yang memerlukankan, agar dia boleh berjasa dan terus hidup melalui orang lain.(rm)-Freaky News

N'N:Ajal dan maut ditangan Allah S.W.T

No comments: