Monday, August 15, 2011

Inilah Wajah Penyerang Pelajar Malaysia , Yang Berpura-pura Membantu Tapi Sebenar Merompak..

Polis Britain dedah wajah penyerang pelajar Malaysia.


LONDON - Wajah penyerang yang merompak pelajar Malaysia, Muhammad Ashraf Haziq Rosli didedahkan akhbar-akhbar Britain semalam.

Penyerang itu, Reece Donovan berusia 21 tahun dari Romford, Essex muncul kelmarin di depan majistret di sebuah mahkamah di tengah London.

Dia dituduh merompak telefon bimbit Nokia dan konsol permainan Sony PlayStation milik Ashraf semasa rusuhan berlaku di London pada minggu lalu.

Donovan didakwa menjadi anggota kumpulan yang menggambarkan dirinya sebagai seorang lelaki yang baik semasa dia membantu Ashraf yang berdarah selepas rahangnya dikatakan dipukul oleh sekumpulan pemuda.

Namun, Donovan dikatakan berdiri di belakang Ashraf dan mengambil barang berharga bernilai £300 (RM1,465) daripada begnya.

Ketika kejadian, Ashraf sedang menunggang basikal di Barking, timur London apabila dia didatangi sekumpulan orang yang dianggarkan di antara 60 hingga 100 golongan muda.

Insiden itu juga disiarkan di laman YouTube.

Donovan kini ditahan di sebuah penjara. - Agensi-sumber: kosmo online
Kredit:borakkosong.

3 comments:

Mohamadazhan.com said...

di Malaysia lagi ramai peragut ni...

MOH KEMBARA said...

Salam,

Kantoi dik CCTV atau videocam, tulah!

Na'im Nikmat said...

Salam Akhi,
Kat Malaysia lagi ganas dan ada yang dah meninggal diragut, dekat Malaysia lagi tak kenal erti kasihan sebab ada kes wanita mengandung mati diragut.

Salam Kak Yong,

Memang kantoi sebab ada orang rakam aksi yang PM U.K kata menjijikkan.