Saturday, August 27, 2011

Ini Betul-betul Pelik,Ada rakyat belum daftar tapi nama tersenarai dalam sistem SPR

http://2.bp.blogspot.com/-3jQB7REwQvA/Te5DTie31MI/AAAAAAAAACg/XRwZHzAo_VY/s320/bingung.gif
biar betul SPR ni.....

http://speakloudhere.files.wordpress.com/2011/03/confused.jpg
Aku tak pernah daftar pun, macam ner nama aku boleh ada???

KUALA LUMPUR, 26 Ogos — Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) hari ini mendedahkan berlaku kepincangan baru dalam daftar pemilih ekoran aduan bahawa ada rakyat yang masih belum mendaftar sebagai pengundi, namun nama mereka sudah terdapat dalam sistem Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu.

Menurut Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, rakyat juga harus melakukan semakan bagi memastikan maklumat peribadi dalam daftar pemilih lengkap dan betul.

“Akhir-akhir ini, Bersih 2.0 telah menerima beberapa kes di mana individu-individu yang belum mendaftar mendapati mereka dimasukkan dalam daftar pemilih. Terdapat juga kes di mana kawasan mengundi telah ditukar tanpa diberi notis,” katanya dalam satu kenyataan.

Justeru Bersih 2.0 yang dipengerusikan Datuk Ambiga Sreenevasan meminta semua rakyat sentiasa peka dan mengambil langkah bagi mengelakkan kepincangan berlaku.

“Oleh itu, Bersih 2.0 menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk mengambil langkah-langkah ringkas berikut untuk memastikan setiap warga Malaysia memastikan hak anda kepada pilihan raya yang bersih, bebas dan adil tidak dicabuli.

“Semak nama anda dalam daftar pemilih untuk memastikan maklumat anda dalam daftar pemilih adalah tepat, semakan boleh dilakukan di laman web SPR, Kami berharap kepada semua warga Malaysia tidak kira di dalam atau di luar negera untuk menyemak nama dalam daftar pemilih,” kata Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0.

Selain itu, kenyataan itu juga meminta: “Individu yang belum mendaftar untuk mengundi juga digalakkan untuk menyemak nama.”

Kata Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, sekiranya maklumat peribadi dalam daftar pemilih tidak betul, pihaknya meminta agar dikemukakan aduan kepada badan itu.

“Sekiranya anda mendapat tahu kawasan mengundi anda telah ditukar tanpa pengetahuan atau nama anda dilampirkan dalam daftar pemilih walaupun belum mendaftar, sila berikan maklumat terperinci kepada kami di info@bersih.org atau faks kepada 03-77844978.

“Sekiranya anda masih belum mendaftar untuk mengundi, sila mendaftar di pejabat-pejabat pos yang terdekat selepas Hari Raya Aidilfitri, jangan mengabaikan hak mengundi anda! Pastikan anda mengundi ketika pilihan raya nanti,” katanya.

Isu daftar pemilih menjadi hangat baru-baru ini ekoran pendedahan mengenai tindakan menukar status kewarganegaraan pemastautin tetap kepada warganegara dalam tempoh yang singkat dan ia mendapat bantahan kepimpinan Pakatan Rakyat.

Untuk memastikan pembaharuan sistem pilihan raya, pentadbiran Najib memutuskan untuk membentuk jawatankuasa pilihan khas Parlimen yang akan dianggotai wakil daripada Barisan Nasional (BN), Pakatan Rakyat dan Bebas.

Jawatankuasa pilihan khas Parlimen akan dibentuk rangka kerjanya berdasarkan lapan tuntutan Bersih 2.0. Sumber

No comments: