Thursday, July 28, 2011

TAHUKAH ANDA PENGANUT BUDHA BHUTAN DIHARAMKAN HISAP ROKOK.

Tahukah anda di negara Bhutan pejualan rokok dan menghisapnya secara terbuka adalah salah disisi undang-udang? Undang-undang anti tembakau ini diluluskan pada tahun 2005 kerana mengikut kepercayaan penganut Buddha Bhutan, menghisap rokok boleh merosakkan karma seseorang Individu. Rokok dengan itu diharamkan atas alasan agama.

Walaubagaimanapun perokok tegar hisap rokok juga dengan meyeludup rokok dari negara hiran mereka India. Bagi menangani masalah rokok seludup yang berleluasa,sempena tahun baru kerajaan Bhutan memberi sedikit kelonggaran kepada perokok negara mereka. Menghisap rokok dan penjualan terbuka masih lagi haram tetapi para penghisap batang kanser diberi kuota 200 batang rokok atau 150 gram produk tembakau sebulan. Ianya harus dibeli dengan secara sah dan resit duti import harus dintunjukkan sebagai bukti. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan mereka yang kantol dipenjara 5 tahun hanya kerana memiliki rokok "haram".






Selain itu bagi kelihatan lebih serius, kerajaan Bhutan membenarkan pihak polis menyerbu mana-mana rumah yang mereka syaki menyimpan rokok seludup atau yang melebihi had yang dibenarkan setiap bulan. Beberapa ekor anjing pula sudah dilatih bagi menghidu kehadiran tembakau didalam rumah yang diserbu. Perdana Menteri Bhutan Jigmi Y. Thinley dipetik berkata:

"Rokok ialah barah, yakni secara fizikal dan metaforikal. Barah kepada masyarakat and kepada individu. Ianya tiada beza dengan dadah yang mengkhayalkan dimana kesalahan memilkinya di sesetengan negara adalah hukuman maut!"

Hanya di Bhutan menghisap rokok dipandang sebagai kesalahan serius.

Sumber&Kredit:Blogserius.


N'N:Ummat Islam lain sikit, fatwa sudah keluar tapi masih buat dek jer.....

No comments: