Thursday, July 28, 2011

SENARAI BARISAN PEMAIN MALAYSIA YANG AKAN MENENTANG SINGAPURA, PERLAWANAN KEDUA KELAYAKAN WORLD CUP 2014 MALAM INI.

MALAYSIA
Mahalli Jasuli,
Mohd Asraruddin Putra,
Mohamad Fadhli Mohd Shas,
Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak,
Ismail Faruqi Ashari,
Safee Sali (Captain),
Amar Rohidan,
Abdul Hadi Yahaya,
S. Kunalan,
Amirulhadi Zainal,
Khairul Fahmi Che Mat (GK)

Perlawanan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014: Malaysia Tiada Pilihan Lain Selain Menang - Rajagobal




Jurulatih pasukan Malaysia, K. Rajagobal (kiri), Jurulatih pasukan Singapura Radojko Avramovic (kanan) dan pemain Singapura, Fakrul Nawaz (tengah) ketika majlis Sidang Media di Wisma FAM pada 27 Julai 2011.

PETALING JAYA, (D5) - Jurulatih Malaysia, K. Rajagobal menegaskan Harimau Malaya perlu mengukir kemenangan pada perlawanan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia menentang Singapura pada hari ini.

Malaysia ditewaskan 5-3 dalam perlawanan pertama, dan perlu kembali bangkit mengatasi dua gol untuk mengekalkan harapan mereka dalam saingan.

"Kami tidak ada pilihan lain selain menang. Jika kita mahu kekal dalam saingan ini, kita mesti bangkit menewaskan mereka.

"Singapura adalah pasukan yang baik, dan seimbang. Tetapi saya positif skuad Harimau Malaya boleh mengatasi mereka," kata Rajagobal.

Walaupun Rajagobal tidak mendedahkan barisannya, beliau akan mempertimbangkan untuk memberi lilitan kapten samaada kepada penyerang, Safee Sali atau pertahanan, Mohd Aidil Zafuan Radzak.

Sementara itu, jurulatih Singapura, Radojko Avramovic berkata pasukannya bersedia untuk menghadapi tekanan bermain dalam lautan peminat Malaysia yang dijangka seramai 85,000.

"Ia akan menjadi sukar, tetapi pemain saya pernah menghadapi keadaan seperti ini, saya yakin mereka mampu beraksi baik.

"Kami berharap dapat mara ke pusingan seterusnya," tambah beliau. sumber

No comments: