Bulan ramadhan yang diturunkan Al-Quran padanya, dimana Al-Quran menjadi petunjuk kepada manusia dan yang menerangkan tentang pertunjuk dan yang membezakan antara hak dan batil (Surah al-Baqarah ayat 185)
Pernahkah kita merasa betapa peritnya menahan lapar dan dahaga jika tidak diwajibkan puasa keatas kita?
Mungkin jawapan kebanyakan daripada kita, kenapa nak menahan lapar sekiranya kita mampu untuk makan apa sahaja yang kita mahu makan. Katakan sahaja dimana tempat yang sedap- sedap makanannya pasti kita serbu.
Jadi bagaimana kita nak merasai keperitan hidup manusia yang merempat tanpa satu sen pun duit untuk mengisi perut?
Disinilah hikmahnya mengapa Allah S.W.T mewajibkan ibadah puasa. Kerana pada saat bulan Ramadhan yang mulia inilah kita dapat merasai bagaimana besarnya nikmat berbuka puasa setelah seharian berpuasa.
Firman Allah S.W.T:
Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sama seperti telah diwajibkan ke atas umat-umat yang terdahulu sebelum ini, supaya dengan demikian kamu akan lebih bertakwa.(Surah al-Baqarah, ayat 183)
Ketika bertanya seseorang kepada Rasulullah S.A.W mengenai keberkatan yang terkandung dalam bulan Ramadan maka jawab Baginda S.A.W:
"Sesungguhnya tidak terbilang olehku keberkatan dan hikmah yang terkandung pada bulan Ramadan itu, sehingga jika seluruh manusia mengetahui betapa besarnya ganjaran pahala dan rahmat yang terdapat pada bulan Ramadan maka nescaya tidak mustahil bagi mereka untuk bermohon atau meminta kepada Allah supaya jika boleh biarlah kesemua bulan itu menjadi bulan Ramadan".
Betapa ruginya manusia yang mensia-siakan pahala berlipat ganda pada bulan Ramadhan ini.
Selamat menyambut bulan Ramadhan. Selamat beramal soleh. Selamat bertarawih. Selamat bertadarus. Selamat bersedekah buat semua rakan bloggers dan pembaca blog ini .
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan.
No comments:
Post a Comment