Sunday, July 31, 2011

Benarkah 13 Alasan Ini Alasan Tipikal Wanita Yang Enggan Menutup Aurat?

Pernah nasihat dan tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.


“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”

: Menegur memang ada caranya.. Maaf jika aku terlalu kasar dalam menegur.. Manusia.. Tak pernah lari daripada kesilapan.. So, terima kasih pada yang menegur. Akhttp://www.blogger.com/img/blank.gifu tidak akan sama sekali melenting. Aku bersyukur bila ada yang menegur sebab itu tandanya orang sayangkan kita.. =)

Hanya sekadar renungan....

Sumber



N'N:Tiada istilah hati mau baik. Ingatlah walau sebaik mana pun anda tapi jika anda tidak menutup aurat anda masih dalam kategori manusia yang berdosa dengan Allah S.W.T dan anda akan diseksa diakhirat kerana tidak menutup aurat. Saya pernah ditanya semasa berkursus suatu masa dahulu dan soalannya berbunyi:

Orang yang tidak menutup aurat ialah orang yang:

A.Baik
B.Jahat
C.Tidak semestinya jahat(hati baik)

Boleh dikatakan semua peserta kursus memberi jawapan 'C'. Dan kami semua dicop bukan berotak Islam tapi berotak Sekular, kenapa? Kembali kepada asas Islam yakni orang yang membuat dosa pasti akan masuk Neraka dan akan diseksa didalam Neraka. Dan Neraka adalah tempat orang yang jahat dan berdosa dengan Allah dan juga sesama manusia. Kembali kepada soalannya, adakah orang yang tidak menutup aurat berdosa atau tidak? Jawapannya ialah 'berdosa' dan orang yang 'berdosa' akan masuk Neraka bukan. Neraka adalah untuk orang yang Jahat. Jadi jawapan yang tepat ialah 'B'.

Saya tidak tahu samada kamu semua bersetuju atau tidak, kalau ada pendapat lain jangan malu-malu komen yer.....

8 comments:

Johor Born said...

Apa sahaja yang dihukumkan Allah itu tidak mungkin lari dari fitrah insan,jadi indah nya manusia bila fitrah, nurani dan insan itu terbela,maka akan terbitnya kemanisan iman yg menolak munkar.

Na'im Nikmat said...

Salam Bro JB,
Alhamdulillah agama Islam yang kita anuti ini adalah satu-satunya agama yang di Redhai Allah S.W.T dan agama yang paling sempurna di dunia dan akhirat.

Anonymous said...

Bukan jahat tu jawapan dia B ke bro.?

Anonymous said...

sangat berat nak menegur wanita tak bertudung ni... bila kita tegur seinci segenap ruang dorang akan cari salah kita pulak, tak jumpa hari ni, besok tak besok tulat dorang akan tunggu sampai kita buat silap ha ha ....

kadang kadang dah habis ikhtiar aku leh berdoa semoga mereka2 ini diberikan hidayat....

tapi kalau kita lihat kesedaran islam itu semakin bangkit...ada setengah setengah artis dah pon mendapat hidayah.., Insya Allah tak lama lagi islam itu akan lebih mekar di Malaysia tercinta ni...

Na'im Nikmat said...

Anon 1:06 AM,
Thanks :-)

Na'im Nikmat said...

Anon 1:35 AM,
Sebenarnya memang manusia tak mampu mengubah manusia. Hanya Allah S.W.T yang boleh bukak pintu hati mereka. Saya setuju doa buat mereka adalah sebaik-baik perbuatan semoga Allah S.W.T bukak pintu hati mereka menerima Islam dengan sempurna berlandaskan Al-Quran & As-Sunnah.

puspawangi said...

Perintah menutup aurat: antara penanda aras tentang ketaatan manusia kepada perintah Allah SWT..sama seperti perintah2 yg lain. dan kepada perempuan ada bapa, adik beradik lelaki dan suami yang bertanggungjawab keatasnya. Sudahkah mereka ini menjalankan tggjawab mendidik dan mempastikan anak2 perempuan, adik/kakak dan isteri mereka mengikut syariat Allah SWT..wallah hu alam.

Na'im Nikmat said...

Salam Puspawangi,
Saya sangat setuju dengan pendapat itu.