Lim Guan Eng sumbang RM25 ribu pada mangsa Islam
KUALA LUMPUR, 22 Mei — Kerajaan negeri Pulau Pinang akan menghulurkan bantuan RM25,000 kepada kesemua 25 mangsa dan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa yang ditimpa tragedi tanah runtuh semalam.
Seramai 16 kanak-kanak maut dalam tragedi itu dan sembilan selamat dengan kecederaan.
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, malapetaka itu amat menyayat hati dan telah menyentuh hati semua rakyat Malaysia tanpa kira kaum dan agama, yang penuh simpati dan sedih atas nasib malang dialami mangsa.
Katanya, sungguh pun wang tidak seberapa, ia adalah sokongan moral untuk memberi semangat kepada keluarga mangsa yang maut dan untuk mereka yang terselamat meneruskan kehidupan mereka dengan tabah.
Beliau yang juga setiausaha agung DAP berkata partinya juga mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang maut dalam tragedi itu.
"DAP juga ingin ucapkan terima kasih kepada pasukan penyelamat dan pihak polis yang bertungkus-lumus menjalankan kerja mencari dan menyelamat mangsa-mangsa dengan penuh dedikasi," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Kata beliau, DAP menyerahkan kepada pihak berkuasa berkenaan untuk mengambil tindakan sewajarnya untuk memastikan tragedi semalam dapat dielakkan. Sumber
2 comments:
Apalaa LGE bagi sumbangan pulak. Buat apa bagi.. kan dah susah umno nak kata awak anti melayu/Islam
Itulah pasal siap kagum dengan Khalifah Umar Abdul Aziz dan nak mencontohi Khalifah itu dari segi pentadbiran...Payah sikitlah UMNO nak label dia anti-Islam ish2....
Post a Comment