LOS ANGELES: Gergasi filem Amerika Syarikat Columbia Pictures memenangi hak pengedaran filem mengenai pembunuhan pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden, yang bakal diarah pemenang Oscar, Kathryn Bigelow.
Bigelow dan penulis skrip yang juga bekas wartawan, Mark Boal, yang memenangi Oscar untuk filem skuad bom Iraq The Hurt Locker pada 2010, sudah memulakan projek mengenai penangkapan atau pembunuhan pengasas al-Qaeda itu, sebelum kematiannya 2 Mei lalu.
Ada laporan mereka sukar memutuskan langkah seterusnya selepas kematian Osama namun Amy Pascal dari syarikat induk Columbia, Sony Pictures Entertainment mengesahkan rancangan itu.
“Bigelow dan Boal sudah memulakan projek itu sejak 2008 dan mahu memasukkan insiden terbaru dalam filem itu,” menurut kenyataannya serta memberitahu ia akan memberi tumpuan kepada ‘misi operasi menangkap atau membunuh Osama.’– AFP
sumber
No comments:
Post a Comment