Monday, February 28, 2011

Gambar Bogel Palsu Jadi Modal UMNO Berkempen Di Merlimau.........

Nampaknya penyokong-penyokong gerombolan songkok tinggi sudah menggunakan taktik biasanya untuk meraih undi, iaitu dengan menggunakan gambar palsu "superimpose" bagi menggerakkan taktik serangan "hit and run".

Semua orang akan tahu bahawa gambar yang disebarkan ini adalah gambar palsu. Malah seekor kambing yang cacat otak sedang meragut rumput di Politeknik Merlimau juga akan menggeleng kepala melihat gambar ini.





Namun begitu, taktik seperti inilah yang digunakan untuk mendapatkan undi di setiap kali PRK diadakan. Walaupun fitnah ini akan terdedah, namun PRK sudah berlalu dan calon BN sudah menang dengan majoriti yang besar. BN boleh terus menipu dan merompak harta rakyat. Rakyat yang sudah diperbodohkan, walaupun sedar diperbodohkan terpaksa menunggu Pilihanraya Umum untuk menukar undi.

Satu daripada gambar berkenaan menunjukkan gambar separuh bogel Anwar dengan mesra mendakap pengadu kes liwatnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan 'dara kontroversial yang berusia 40 tahun'- Ummi Hafilda.

Risalah itu berjudul "Kalau Umno haram, kalau PAS halal".

Satu lagi risalah meletakkan kepala Tuan Guru Nik Aziz yang terselit di celah kangkang kemaluan perempuan dengan kata-kata "Ingat PAS, ingat zina, tuihh!".

Ia juga memaparkan gambar mursyidul am PAS itu yang tersenyum sambil memberikan isyarat tangan bersetuju dengan kata-kata "Barang bagus baru barang naik".

Gambar Elizabeth Wong dalam baju tidur seksi yang diambil dari video kontroversialnya yang disebarkan beberapa tahun lalu juga dimuatkan.

Teresa Kok pula digambarkan berpakaian jarang dengan mengayakan kedudukan lucah tetapi gambar palsu Teo Nie Ching dianggap paling keterlaluan. Gambar dengan kakinya yang terkangkang dipaparkan dengan hanya dilitupi logo DAP. Bersebelahan gambar itu diselitkan gambar lain yang membabitkan 'orgy'.

Sumber:http://milosuam.blogspot.com/2011/02/gambar-bogel-palsu-jadi-bahan-kempen-di.html

3 comments:

Yong said...

Tunjuk gambor pada makcik dan pakcik felda. Kot lepas tengok gambor demer masih undi umco, sah demer memang dah beyond repair.

Mohamadazhan.com said...

salam akhi

fitnah adalah makan ahli UMNO akhir zaman...

kulaan said...

MasyaALLAH...moga moga org yg buat keja fitnah ni kodong tangan dia..