yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Wednesday, October 27, 2010

UMNO Tak Suka Pendaftaran Pemilih Secara Automatik, Kerana Nanti UMNO Automatik akan Kalah PRU13...........



Tiada pendaftaran pemilih secara automatik

KUALA LUMPUR 26 Okt. - Kerajaan tidak bercadang mengadakan pendaftaran pemilih secara automatik bagi pengundi yang mencapai umur 21 tahun kerana sebahagian besar rakyat Malaysia tidak tinggal di alamat yang tercatat pada kad pengenalan mereka.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (gambar) berkata, jika dilaksanakan juga, sistem berkenaan akan memberi implikasi besar kepada mereka yang terlibat memandangkan mobiliti penduduk yang sangat tinggi berikutan perpindahan alamat kediaman, pertukaran tempat kerja dan sebagainya.

Katanya, memandangkan terdapat golongan yang tidak membuat pertukaran alamat pada kad pengenalan, ia menyebabkan bilangan pemilih yang akan didaftarkan di luar kawasan tempat mereka bermastautin adalah tinggi.

"Bahkan mungkin ada antara mereka yang tidak lagi menetap di alamat tersebut serta tidak mempunyai ahli keluarga di alamat yang didaftarkan.

"Jika alamat yang tertera pada kad pengenalan atau di pangkalan data alamat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menunjukkan seseorang pemilih itu menetap di alamat tertentu sedangkan beliau telah berpindah ke tempat baru namun tidak membuat pertukaran alamat di JPN, maka dia akan didaftar berdasarkan alamat bermastautin yang lama," katanya sewaktu menjawab soalan Ab. Aziz Ab. Kadir (PKR-Ketereh) di Dewan Rakyat hari ini.

Selain itu kata Mohamed Nazri, pendaftaran pemilih secara automatik juga amat bertentangan dengan kehendak Perlembagaan mengenai tempat mastautin sebenar pemilih berkenaan kerana dia sudah berpindah ke tempat lain.

Katanya, jika ramai pemilih berpindah tempat bermastautin tetapi tidak memaklumkan kepada JPN, dikhuatiri ramai pemilih tidak akan balik mengundi sekiranya pusat pengundian terletak jauh dari kediaman mereka.

"Oleh kerana itu, dikhuatiri peratus pemilih yang keluar mengundi di bahagian pilihan raya berkurangan dan akan menjejaskan imej negara di mata dunia.

"Berasaskan hakikat itu maka kerajaan belum lagi bercadang untuk membuat pendaftaran pemilih secara automatik," katanya.

Menjawab soalan tambahan Ab. Aziz mengenai penjimatan kos yang boleh dilakukan kerajaan kerana tidak perlu membayar imbuhan kepada penolong pendaftar pemilih jika pendaftaran automatik dilaksanakan, Mohamed Nazri menegaskan, pendaftaran pemilih adalah satu hak individu dan selaras dengan amalan demokrasi, ia tidak boleh dipaksa.

"Kita kena ingat, untuk tidak mendaftar sebagai pengundi adalah pilihan individu itu sendiri kerana dia tidak mahu mengundi, jangan paksa orang macam pakatan pembangkang paksa orang," katanya.

Menjawab soalan Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) mengenai keperluan mempunyai badan pemantau pilihan raya yang sebenarnya didapati memihak kepada pembangkang, Mohamed Nazri menegaskan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak memerlukan khidmat mereka.

Secara sinis beliau berkata, yang perlu dipantau ialah pemimpin pembangkang kerana mereka tidak akan berpuas hati selagi tidak menawan Malaysia.

"Mereka ini tidak akan berpuas hati melainkan pada pilihan raya dia menang semua negeri dan dia juga pergi ke Putrajaya, barulah dia kata SPR bagus dan ini perangai sebelah sana (pembangkang).

"Saya nak beritahu bahawa SPR amat berjaya, kalau tidak macam mana (pembangkang) boleh menang di Pulau Pinang, Kelantan, Kedah, Selangor. Macam mana kita (BN) hilang majoriti dua per tiga, kalau SPR tidak buat kerja langsung?" tegasnya.

Sumber:UM

Tidak boleh paksa daftar pemilih - Nazri


KUALA LUMPUR, 26 Okt: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata bahawa mendaftar sebagai pemilih itu merupakan hak individu dan tidak boleh dipaksa.

"Mendaftar untuk mengundi itu merupakan satu hak kepada rakyat dan tidak boleh dipaksa. Ada orang yang tidak mahu langsung mengundi. Jadi mana boleh paksa mereka. Kita bukan macam Pakatan Rakyat suka memaksa orang," katanya ketika menjawab pertanyaan Ab Aziz Ab Kadir (PKR-Ketereh), hari ini.

Beliau juga memberitahu Dewan Rakyat bahawa kerajaan tidak bercadang untuk mengadakan pendaftaran pemilih secara automatik bagi pengundi yang mencapai umur 21 tahun.

Dalam soalan asal, Ab Aziz meminta Perdana Menteri menyatakan sama ada kerajaan bercadang atau tidak untuk mencari satu kaedah penyelesaian bagi mengatasi masalah berbangkit dan pendaftaran pengundi secara automatik dapat dilaksanakan.

Nazri berkata, kaedah itu tidak dapat dilaksanakan kerana sebahagian besar rakyat Malaysia tidak tinggal di alamat yang tercatat dalam kad pengenalan.

"Jika dilaksanakan sistem pendaftaran pemilih secara automatik, ia akan memberikan implikasi yang besar kepada mereka yang terlibat memandangkan keadaan mobiliti penduduk yang sangat tinggi ekoran berpindah alamat kediaman, pertukaran tempat kerja dan sebagainya," katanya.

Ab Aziz dalam soalan tambahannya bagaimanapun menegaskan, kaedah berkenaan dapat menjimatkan kos kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mencadangkan kerajaan memberikan RM3 kepada pembantu pendaftar pilihan raya.

"Kalau buat pendaftaran secara automatik kita boleh menyelamatkan banyak benda misalnya wang rakyat.

"Mengikut SPR, lebih daripada 4.3 juta rakyat yang berumur lebih daripada 21 tahun tidak mendaftar. Kalau kita ikut apa yang SPR cadangkan bagi RM3 kepada pembantu pendaftar, itu sudah melibatkan kos melebihi RM12 juta," katanya.

Dalam pada itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) yang turut mengemukakan soalan tambahan menyifatkan jawapan yang diberikan Nazri itu sebagai tidak masuk akal.

"Kalau empat juta tak daftar (sebagai pemilih), adalah kes untuk dipertimbangkan. Maknanya ada proses yang harus diperbaiki. Ini empat juta tak daftar, sebab salah alamat. Ini alasan karut.

"Sepatutnya menteri kalau bertanggungjawb akan cakap, kita akan cari jalan sekurang-kurangnya tiga per empat daripada empat juta ini boleh mengundi," tegasnya.

Sementara itu, Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) mempersoal tugas Badan Pemantau Pilihan Raya Bebas (Mafrel) yang didakwa meihak kepada pembangkang.

"Apakah SPR perlu ada pemantau untuk memantau pilihan raya? Yang kita rasa ragu pihak pemantau ni kalau kita minta laporan hanya yang negatif. Bagi imej yang buruk kepada SPR dan negara.

"Pihak yang memantau bukan sahaja memberi imej yang buruk tetapi memihak kepada pembangkang. Ini Permatang Pauh tak boleh nafikan," katanya.

Nazri sekali lagi menuduh Pakatan Rakyat sebagai 'pengacau' dan sengaja mengganggu tugas SPR.

Sumber:Harakahdaily

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)