Monday, October 11, 2010

Fitnah Terhadap DSAI tersebar dalam SMS!!!!


Inilah SMS fitnah yang sedang tersebar luas menerusi khidmat pesanan ringkas@SMS.
SMS ini telah dihantar kepada sahabat saya pada hari jumaat yang lepas(Mungkin dihantar secara rawak). Teks yang ditaip dalam Bahasa Inggeris ini berbunyi:

"Don't let Anwar manipulate us like fools. He wants Azmin to win so that only his group can continue to make money and be powerful. Azmin is using Shamsidar to control Anwar. Pls don't support Azmin n Anwar Pls spread this SMS to PKR members TQ....."

Itulah teks yang tertulis dalam SMS itu dan jika diterjemahkan ke Bahasa Melayu ia berbunyi:

"Jangan biarkan Anwar terus memanipulasi kita seperti orang bodoh. Dia inginkan Azmin menang supaya kelompoknya sahaja yang boleh terus mengaut wang dan berkuasa . Azmin pula menggunakan Shamsidar untuk menguasai Anwar. Tolong jangan sokong Azmin dan Anwar sila sebarkan SMS ini kepada ahli2 PKR Terima Kasih ....."

Selepas saya membaca SMS itu spontan mulut saya berkata:

"Confirm ini kerja U*NG*K"

SMS ini kononnya memberi gambaran bahawa ia dihantar oleh ahli PKR sendiri, namun kita sedia maklum bahawa hanya U*NG*K sahaja yang sanggup melakukan perkara seperti ini...SMS ini bertujuan untuk memecah-belah PKR namun saya cukup yakin bahawa penyokong Pakatan Rakyat yang terdiri daripada ahli mahupun penyokong PKR,DAP dan PAS sama sekali tidak akan termakan dengan fitnah yang murahan dan tidak beretika ini....

Firman ALLAH S.W.T:

“Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.”
(Surah al-Hujurat, ayat 6)

4 comments:

azim said...

Fitnah l***h memang mainan mereka

KAPAKTAJAM said...

Kenapa bila ada fitnah [sms] semacam itu sume nk tuju pada UMNO? PKR juga pecahan UMNO mereka juga licik? Adakah PKR didalam PAKATAN maka anda tidak tergamak menghentam mereka?.

Kalau begini caranya Anda berfikir maka ANDA pun bukan Islam sebenar, Agama ANDA hanya cedokan. Malu saya ada sahabat mcm anda yg membuat noktah menyalahkan seseorang sebelum di selidiki. Bertaubatlah sebelum kita sampai di Padang Masyar dan mintalah ampun pada UMNO jika anda tidak mahu pembalansan yg pedih dipadang Mashyar. Ingat itu janji Allah. Oleh itu, jgn guna Agama utk berkuasa dalam politik, kerana Agama itu Syumul mengatsai segala2nya.

Na'im Nikmat said...

Salam saudara,
Setahu saya tidak pula saya menyatakan mana2 pihak..jika dilihat didalam artikel itu tidak pula ditulis UMNO cuma U*NG*K mengapa pula anda perlu terasa hati..Siapa yng makan cili pasti dia terasa pedasnya he3......

JAKA said...

Kapak,

anda mcm baru je dlm dunia blog ni...masih tk kenal siapa itu umno.

sepatutnya anda nasihat umno jgn suka buat fitnah sehingga setiap fitnah org akan nampak umno saja yg menjuarainya.

lebih penting anda nasihat umno supaya hentikan fitnah kepada anwar dan minta ampun kepada rakyat kerana menyebar fitnah liwat selama 2 dekad.

kenapa kita katakan anwar difitnah? sebab org yg membaca perjalanan kes anwar tahu ia fitnah. malahan perbicaraan pun tidak mengikut islam. mereka menolak qazaf.

kenapa anda tak komen semua tu?

sebab agama syumul lah kita terlibat dalam politik. kalau tak kisah politik itu sekular namanya.

adakah anda mahu amal agama kat masjid n surau je? anda mahu biarkan parlimen di penuhi org2 harbi dan fasik?

anda ingat anda akan aman dan senang nak ibadat di masjid surau jika pemerintahan dan parlimen dikuasai mereka?

org berfikiran mcm anda yang musuh Islam suka. konon tkmau terlibat politik sebab kotor. walhal mereka mahu umat Islam jangan campur bab pemerintahan, biar mereka saja berkuasa........senang utk mereka menghancurkan org Islam mcm anda.

ada faham ka?