Ulama muda Umno Fathul Bari Mat Jahya berkata pendekatan pembangkang mengecam tindakan Rosmah Mansor menaungi Festival Busana Islam (IFF) - yang mencetuskan kontroversi - tersasar daripada konsep agama sebagai nasihat.
Fathul Bari berkata, pembangkang sengaja membesar-besarkan isu itu sambil meletakkan sepenuhnya kesalahan atas bahu Rosmah tanpa menyiasat terlebih dahulu perkara itu.
"Sepatutnya bantahan itu ditujukan kepada penganjur sedangkan beliau (Rosmah) penaung semata-mata," katanya. Semalam, sekurang-kurangnya empat perhimpunan aman anjuran Dewan Pemuda PAS diadakan di tiga negeri sebagai membantah tindakan Rosmah yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah dalam penganjuran festival itu di Monte Carlo 9 Ogos lalu.
Demontrasi itu berlangsung di masjid-masjid di di Pahang, Kuala Terangganu dan dua masjid di Pulau Pinang. Berucap pertama kali di perhimpunan agung Umno hari ini, Fathul Bari berkata, manusia sentiasa dituntut meneliti terlebih dahulu sama ada sesautu kesilapan itu dilakukan dengan sengaja atau pun tidak. "Tanpa diteliti hal tersebut, mereka terus menyerang dan menghukum.
Adakah ini sikap orang Islam yang mengakui membawa hukum allah. Sedangkan jelas perbuatan seperti ini tersasar Islam yang mengajar etika menasihati seseorang," kata Fahtul Bari. "Kalau mereka ikhlas (menasihati) mengapa tidak tarik tangannya, bersendirian tanya dengannya lebih dahulu (perkara sebenar)."
Memetik pendapat seorang tokoh terkenal mazhab Shafie, Fahtul Bari berkata, pemerintah patut didoakan dengan kebaikan dan bukannya dengan maki hamum dan caci maki.
Menurut anak bekas mufti Perlis itu lagi, ini kerana Islam meletakkan adab dan etika tertentu untuk menegur seseorang. Bercakap kepada Malaysiakini selepas itu, beliau bagaimanapun menegaskan tidak bersetuju 100 peratus program seperti itu dikaitkan dengan Islam. "Saya cuma tekankan tadi soal adap menasihati pemimpin," katanya.
M'kini
N'N: Berbeza dengan pendapat Ulama' seperti Dr.Asri , Ust Zaharuddin dan pemimpin2 PAS yang mengganggap perbuatan bersekongkol untuk menghina Rasulullah S.A.W adalah amat serius sekali....
2 comments:
Pada hari ketika muka mereka dibalik-balikkan dlm neraka,
mereka berkata alangkah baiknya andaikata kami taat kpd Allah dan taat kpd Rasul.
Dan mereka berkata,wahai tuhan kami,sesungguhnya kami telah mentaati pemimpin dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar.
ya tuhan kami berilah kepada mereka(pemimpin kami)dua kali ganda azab dan kutuklah mereka dengan kutukan yang besar.
Benarlah firman Allah yng maha besar kekuasaanNya.
Maha Benarlah Firman ALLAH.
Telah Bersabda Rasulullah S.A.W
Kecelakaan pada umatku adalah kerana Ulamak Suk
(Hadis diriwayat Al-Hakimi)
Rosak dikalangan umat ku ialah ulamak yang zalim dan siabid yang jahil. Yang paling rosak ialah kejahatan ulamk suk dan yang sebaik2nya ialah kerana kebaikan ulama(akhirat)
( Hadis diriwayatkan oleh Adarimi)
Ulama yang jahat ialah mereka yang datang menyembah (bekerja dengan ) pemerintah. Dan pemerintah yang baik pula ialah yang datang merujuk kepada ulama(akhirat)
Dipetik dari kitab Ahlul Sunnah Wal Jamaah.
Post a Comment