Wednesday, August 11, 2010

Jangan Tak Percaya Pejabat MB Selangor Dipasang Kamera RAHSIA.......

Siapa Pasang Kamera RAHSIA Jenama Fuji di Pejabat MB Selangor, Pakar Telah Dibawa Untuk Siasatan

SHAH ALAM, 11 Ogos — Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang memegang jawatan itu sejak lebih dua tahun lalu hari ini mendedahkan penemuan kamera ‘rahsia’ yang dipasang pihak tertentu di pejabatnya.

“Saya menemui kamera ini kira-kira 6 petang semalam dan saya tidak tahu berapa lama kamera ini diletakkan di pejabat saya,” kata beliau kepada pemberita hari ini.

Khalid berkata, beliau mengesan kamera jenama Fuji itu di belakang tirai di pejabatnya selepas ia mengeluarkan bunyi kerana lemah bateri.

Pakar telah dibawa untuk memeriksa kamera manakala rakaman CCTV sedang diteliti.

“Polis dialu-alukan untuk membuat siasatan tetapi saya akan membuat laporan polis hanya selepas kami menjalankan siasatan kami sendiri,” katanya.

Pejabat Menteri Besar terletak di Bangunan SUK.

Beliau dilantik sebagai menteri besar selepas pilihan raya umum ke-12 lalu.


Laporan MalaysiaKini


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau menjumpai sebuah kamera tersembunyi di pejabatnya di tingkat 21, bangunan SUK di Shah Alam, pada jam 6 petang semalam.

Beliau memberitahu perkara itu kepada wartawan pada sidang media hari ini dan berkata pihaknya selepas menjalankan siasatannya sendiri. Tambahnya, beliau juga sedang mempertimbangkan bagi membuat laporan polis.

Abdul Khalid berkata kamera itu yang dijumpai berada di belakang langsir di pejabatnya dikesan selepas ia berbunyi kerana kadar baterinya semakin lemah.

Serentak dengan penemuan itu, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri juga mengarahkan supaya kawalan keselamatan di bangunan SUK itu diperketatkan.

Sumber

No comments: