Thursday, August 12, 2010

Orang UMNO Pun Sepatutnya Berterima Kasih Kepada Pakatan Rakyat!!!!!

Terpaksa Tarik Balik Saman Ekor, Terbukti Kerajaan UMNO BN Bertindak Gelojoh Dan Tidak Mahu Mendahulukan Rakyat Sebenarnya !!!

Kerajaan UMNO BN akhirnya terpaksa akur dengan desakan rakyat agar "saman ekor" dikaji semula. Terbukti kini laungan keramat "rakyat didahulukan" gagal diterjemahkan oleh kerajaan, malah Perdana Menteri Najib Razak sendiri dilihat tidak langsung memikirkan nasib rakyat ketika mengulas isu saman ekor itu sebelum ini.

Antara lain beliau menegaskan bahawa pengguna jalanraya membuat kesalahan dan menjadi tanggungjawab pihak polis untuk mengeluarkan saman. Tanpa mengambilkira risiko atas kenyataan tersebut, nyata Najib dilihat terlalu "taksub" mengeluarkan kenyataan seperti itu.

Sepatutnya, sebagai sebuah kerajaan yang kononnya mahu mendahulukan rakyat beliau wajar mengambil jalan tengah seperti memberi tempoh tertentu kepada pengguna jalanraya ataupun mengkaji dulu perlaksanaan tersebut. Ini tidak, dengan nada sombong menyalahkan rakyat.

Seolah-olah kerajaan begitu kemaruk untuk mengutip wang sesuka hati mereka melalui saman ekor. Apa tidaknya, mereka boleh mendapat sehingga RM300 bagi setiap saman dengan hanya mengarahkan anggota polis trafik untuk "bersembunyi" didalam hutan dan "menembak" setiap kenderaan yang melalui sesuatu jalan tersebut.

Anehnya bila terkena kepada rakyat biasa mereka kerah dan paksa supaya membayar saman. Namun, umum mengetahu bahawa jika terkena kepada mereka yang berkedudukan sama ada wakil rakyat atau pemimpin UMNO BN yang lain maka sudah pasti dengan satu "panggilan" sahaja sama itu dapat dibatalkan.

Menteri mungkin tidak menanggung beban atas isu ini. Tetapi bagaimana dengan nasib rakyat jelata yang lain. Gara-gara mahu memperbaharui cukai jalan kenderaan masing-masing, mereka terpaksa membayar ribuan ringgit semata-mata bagi menjelaskan dulu tunggakan saman yang entah dari mana datangnya. Mujurlah ada pemimpin rakyat daripada parti pembangkang yang bangkit mendesak. Malah, terdapat juga beberapa kerat pemimpin UMNO mahu langkah itu dikaji semula kerana ia jelas membebankan rakyat terutamanya golongan yang berpendapatan rendah.

Maka setelah didesak, akhirnya semalam kerajaan UMNO BN terpaksa umumkan mereka bersedia menarik balik tindakan menyenaraihitamkan kenderaan pesalah-pesalah trafik akibat saman ekor buat sementara waktu bermula hari ini hingga 28 Februari tahun depan. Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha kononnya langkah itu diambil berikutan keputusan memberi kelonggaran semasa musim perayaan yang akan tiba tidak lama lagi. Ia bermakna, kerajaan akhirnya boleh menerima pandangan rakyat. Soalnya sekarang, kenapa sejak dari awal lagi mereka tidak mahu mendengar pendapat rakyat sama seperti isu lesen judi bola dulu?.

Jika tidak bukankah ia tidak menyakitkan hati rakyat. Langkah yang diambil ini juga sebenarnya sudah agak terlewat kerana ramai yang sudah membayar saman ekor tersebut kerana takut kenderaa mereka disenarai hitamkan sebelum ini. Malah, mereka terpaksa beratur panjang dan datang berbondong-bondong ke mana-mana pejabat polis cawangan trafik untuk urusan berkenaan. Marah bukan kepalang dek tindakan kerajaan tersebut. Dengan pembatalan sementara tindakan kerajaan itu, apakah ia berbaloi untuk mereka yang sudah membuat bayaran sebelum ini. Bukan sedikit, malah ada yang sudah menjelaskan sehingga ribuan ringgit sebenarnya.

Apakah mereka boleh "claim" semula duit yang telah dikeluarkan itu?. Menunggu sehingga 28 Februari tahun depan bukanlah waktu yang singkat sebenarnya. Apa akan terjadi jika akhirnya kerajaan membatalkan terus rancangan "saman ekor" tersebut?. Bukankah ini menyebabkan mereka akhirnya tidak berpuas hati dan mengamuk dengan tindakan itu. Ternyata mereka kecewa akibat tidak mendahulukan rakyat maka mereka yang susah akhirnya.

http://pahangdaily.blogspot.com/2010/08/kontroversi-terpaksa-tarik-balik-saman.html

No comments: