Tuesday, August 10, 2010

Felda Menikus Apabila 766 Peneroka Pula Failkan Saman RM200 Juta Terhadap Agensi Kerajaan Itu

Dalam sibuk-sibuk mereka beriya-iya benar mewar-warkan ingin menyaman akhbar arus perjuangan milik Parti Keadilan Rakyat iaitu Suara Keadilan, tiba-tiba kini mereka pula yang dikenakan tindakan tersebut.

Umum masih ingat Menteri Felda, Si Ahmad Maslan yang kononnya ingin menjadi jagoan bagi menyakinkan rakyat Felda tidak menganiaya mereka, malah Felda sedikit pun tidak "bankrap" biarpun rizab tunai agensi itu menyusut hampir RM3 bilion mulai tahun 2004 hingga 2009 lalu. Beliau yang kononnya ingin menyatakan kebenaran dengan lagaknya mengeluarkan kenyataan bahawa Felda akan menyaman Suara Keadilan sebanyak RM200 juta termasuk juga beberapa orang individu yang dipercayai menjadi dalang untung memalukan agensi itu.

Namun anehnya, selepas beberapa ketika tiba-tiba Ahmad Maslan menyepi tanpa berita. Tindakan saman yang diwar-warkan itu langsung tidak kedengaran. Hanya "suara-suara sumbang" mereka sahaja yang masih berbunyi. Malah, ada sebilangan peneroka Felda yang tertanya-tanya mana perginya saman yang diperkatakan itu. Ahmad Maslan "menikus" dan "tidak berani" untuk membuat tindakan. Malah, Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (ANAK) pimpinan Mazlan Aliman awal-awal lagi mencabar Ahmad Maslan berdebat tentang isu "Felda Bankrap".

Namun ditolak oleh Menteri UMNO itu, mungkin takut dengan risiko yang bakal berlaku seperti kes Shabery Chik berdebat dengan Anwar Ibrahim dulu. Maka ditukarkan kepada "berdialog", itu pun tidak mahu dibuat secara terbuka dan disiarkan secara langsung oleh TV. Kononnya isu tersebut bukanlah isu yang penting buat rakyat. Semua ini adalah petanda awal yang Felda sebenarnya sudah "menyerah kalah" dek desakan suara rakyat.

Mereka boleh mendabik dada kononnya Suara Keadilan dan lain-lain pemimpin Pakatan Rakyat membuat fitnah tentang isu tersebut. Namun, dari sebalik tabir hanya orang-orang tertentu yang mengetahui rahsia sebenar Felda ini. Malah, ramai yang tahu siapakah individu yang telah menghuru-harakan serta "mentekedarah @ merompak" hasil mahsul dan khazanah Felda selama ini.

Mereka kenal siapa itu Yusof Noor dan siapa itu si Md Bakke yang bertanggungjawab "melingkupkan" agensi tersebut. Malah, mereka juga tahu siapa dibelakang individu terbabit kalau bukan Najib Razak anak kepada bekas PM Tun Razak yang mengilhamkan kewujudan Felda itu sendiri. Soalnya sekarang, kenapa Ahmad Maslan gagal menfailkan tindakan saman RM200 juta seperti yang dihebohkan itu?.

Apakah beliau takut berhadapan dengan hujjah-hujjah panas dan bukti-bukti kukuh tentang betapa tenatnya agensi itu sekarang ini. Mungkin juga beliau tidak berani lagi untuk "menegakkan benang yang basah". Bahkan beliau juga tahu status Felda itu sebenarnya, namun dek kerana "mengampu" dan mahu menjaga "maruah bossnya" maka beliau terpaksa mempertahankan agensi yang kian nazak itu.

Tambah "menyedihkan", gara-gara cakap besar mahu menyaman semua pihak yang mengatakan "Felda Bankrap" termasuk Suara Keadilan akhirnya semalam agensi itu pula disaman RM200 juta oleh 766 orang peneroka dari Felda Serting dan Gugusan Raja Alias, Jempol, Negeri Sembilan. Saman difailkan di Mahkamah Tinggi Seremban atas dakwaan terlibat dalam penipuan dan pecah amanah dalam jual beli hasil kelapa sawit.

[Nampaknya, inilah yang dikatakan "sudah jatuh ditimpa tangga". Sudahlah sebelum ini mereka dikatakan "bankrap", sekarang mereka pula disaman oleh peneroka gara-gara menipu dan menyeleweng. Itu belum termasuk lagi semakin ramai peneroka yang "merompak" hasil ladang mereka sendiri termasuk penyokong UMNO BN. Mereka mula muak dengan kerenah Felda yang "mencekik darah" mereka. Bayangkan, hasil yang sepatutnya dinikmati secara adil dan saksama setiap bulan, namun Felda hanya memberi wang sara hidup sebanyak RM1,500 sebulan kepada setiap peneroka. Sedangkan bakinya yang terkadang mencecah antara RM3,000 hingga RM5,000 disapu bulat-bulat oleh Felda. Alasan mudah yang diberikan ialah bagi menanggung kos-kos berkaitan termasuk kerja yang diusahakan oleh Felda Technoplants. Bila peneroka mendesak agar wang tersebut dinaikkan ke angka yang agak "relevan", maka mereka akan menuduh peneroka terbabit termakan hasutan pembangkang dan sebagainya. Tambah menyedihkan wang tabungan baru sebanyak RM120 sebulan pula dipotong sesuka hati mereka, sedangkan masih ramai yang gagal mendapatkan balik wang tabungan RM17,000 yang sudah dicarum sejak sekian lama dulu. Inilah dia "bom jangka" yang akan memastikan sokongan peneroka di kawasan Felda "merudum" dalam pilihanraya umum akan datang sebenarnya. Justeru itu teruskan kerja untuk meyakinkan peneroka bahawa mereka harus "merdeka" dan tidak wajar terus ditipu oleh Felda "dulu, kini dan buat selama-lamanya". Ingatlah, Felda bukannya Estet yang boleh memaksa peneroka sesuka].

http://pahangdaily.blogspot.com/2010/08/panas-gara-gara-cakap-besar-untuk-saman.html

2 comments:

Anonymous said...

apa nak dikata lagi ,bila manusia telah diasut,jangan sampai ,kata peribahasa,org tamak selalu nya rugi.bersukur lah wahai penyaman felda..bersukurlah lah...jangan iuktkan kancah politik pembangkang,mereka tak da bagi apa pun untuk anda..

Anonymous said...

Mamposss lah kau Maslan!!! dulu masa pilihanraya kat Manik Urai engkau pergi menoreg getah kat sana kunun nak pikat pengundi...sekarang pergilah kait buah sawit pulak...kah kah kah .... TAK LAMA UMNO AKAN MASUK LUBANG NERAKA.....