Wednesday, July 21, 2010

UMNO Tubuhkan 'Pasukan Khas' Untuk Pecah belahkan PAS

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayob meminta pimpinan berwaspada dengan rancangan 'pasukan khas' yang ditubuhkan Umno untuk membangkitkan semula isu perpaduan PAS dengan parti perkauman Melayu itu..Kita juga mengharapkan YB Salahuddin akan menegaskannya pada mesyuarat ahlijawatankuasa PAS nanti.


"Awas pada satu kewujudan pasukan khas yang dicipta oleh Umno untuk memecahbelahkan PAS," ujar Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, malam tadi.


Menurut YB Salahuddin Ayob pengakuan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kononnya ada pemimpin tertinggi PAS bertemu dengannya untuk menyatukan PAS dengan Umno juga dipercayai sebahagian daripada rancangan pasukan khas tersebut.


"Ini adalah konspirasi rapi yang mungkin memaksa Harussani berbohong, mungkin juga ada dalang pasukan khas ini," kata Salahuddin.


Rancangan pasukan khas tersebut, katanya lagi, turut bertujuan mewujudkan kesangsian dalam Pakatan Rakyat sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak lama lagi.


"Rancangan ini memang untuk pecah belahkan PAS dan wujudkan kesangsian dalam Pakatan Rakyat sebelum pilihan raya umum depan," tegas Ahli Parlimen Kubang Kerian seperti dilaporkan.


Kemudian kita pula dikhabarkan Tok Mufti pernah bertugas di Cawangan Khas seawal beliau berkhidmat dengan kerajaan.Justeru itu pandangan YB Salahudin Ayob perlu diberi perhatian.


Kita juga mengharapkan YB Khalil Idham Lim ,mendedahkan siapa yang bertemu Tok Mufti itu dan perbincangan mereka.Kita tidak mahu hajat untuk Pakatan Rakyat pergi ke Putrajaya tersekat setakat Kajang sahaja.


Nampaknya BN melalui pelbagai individu akan cuba memecah-belah perpaduan Ahli PAS ,kerana PAS parti yang bersedia untuk menggantikan UMNO.

Sumber

No comments: