Bayangkan jika PM Malaysia 10 tahun dahulu adalah Lim Kit Siang (DAP), setelah mengangkat sumpah sebagai PM, langkah awal dalam kerajaannya ialah menyekat peruntukan Kerajaan Pusat kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR).
Sudah tentu orang Melayu 'itu' akan mengamuk, Lim Kit Siang akan dituduh anti-Melayu dan Islam. Barangkali secara merangkak dan tidak sempat berkenderaan, orang Melayu akan ke KL untuk menunjuk perasaan anti-DAP.
Tetapi orang Melayu 'itu' tidak berbuat apa-apa bila yang mengumumkan penarikan bantuan ke SAR adalah PM Melayu !
Orang Melayu 'itu' tidak pula menuduh PM Melayu tersebut sebagai pengkhianat Melayu dan Islam.
Bayangkan MB Johor 15 tahun dahulu adalah Dr Boo (DAP). MB ini membuat perubahan dengan menukar cuti hari Jumaat kepada hari Ahad. Pasti orang Melayu 'itu' akan menuduh Dr Boo anti-Melayu dan Islam kerana merendahkan hari kemuliaan umat Islam, tetapi yang menukarkan hari cuti Jumaat kepada Ahad adalah MB Melayu tersebut. Maka, orang Melayu 'itu' diam sahaja dan mereka boleh terima.
Bayangkan pula jika PM hari ini adalah Karpal Singh (DAP) dan beliau bersetuju untuk memberi ruang kepada judi bola, pasti orang Melayu 'itu' merasakan Islam dihimpit dari segenap lapisan. Tetapi yang cuba/akan/berkira-kira meluluskan itu adalah PM Melayu! lalu mereka redha atas apa yang berlaku.
Sepatutnya apa yang berlaku diatas patut ditentang oleh semua umat Islam walaupun dibuat oleh mana-mana pemimpin daripada mana-mana kaum. Bukan bermain dengan fahaman ASOBIYAH sempit.
Sudahkan kalian bayangkan?
Sumber
No comments:
Post a Comment