Saturday, December 12, 2009

Siri jelajah lawak senario UMNO beralih ke Shah Alam

"Kesemua 12 orang tertuduh mengambil kesempatan untuk menyatakan protes mereka terhadap kepimpinan DAP yang telah menunjukkan sikap kurang ajar mereka kepada tiga ADUN Perak yang telah meninggalkan Pakatan Rakyat. Mereka membantah keras sikap kepimpinan DAP yang tidak dapat menerima amalan demokrasi dalam berpolitik.

Majoriti mereka yang tertuduh adalah ahli Badan Bertindak Perpaduan Ummah (BBPU), NGO yang baru ditubuhkan.

Mereka secara individu telah membuat laporan Polis di Balai Polis Seksyen 11 Shah Alam bagi membantah kenyataan Ahli Parlimen Ipoh Barat, M.Kulasegaran yang terus menerus mempersoal hak dan keistimewaan orang Melayu.

Mereka mendesak pihak Polis membuat tindakan keatas Kulasegaran diatas kenyataan beliau itu. Mereka memberi tempoh sehingga dua minggu bagi Kulasegaran menarik balik kenyataan beliau dan meminta maaf kepada kesemua rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu.

Sekira nya beliau gagal, NGO2 Melayu akan mengambil tindakkan "memburu" Kulasegaran sehingga "ke lubang cacing " sekalipun. BBPU juga menempelak kerajaan Selangor yang buat sikap acuh tak acuh dalam menyambut Hari Keputeraan Baginda Sultan yang akan jatuh pada hari Jumaat 11/12/09.

Tiada sebarang poster, kain rentang atau sebagai nya yang mewar war kan sambutan Hari Keputeraan tersebut yang kelihatan sekitar Shah Alam setakat hari ini.

Laporan BERNAMA di http://www.malaysiakini.com/news/119264(SINI) dan Utusan Online pula di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1209&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_11.htm (SINI)

Demikianlah lapuran yang tertulis di blog minah jinggo yang menunjukkan siri jelajah lawak senario UMNO sudah bergerak ke Shah Alam.kali ini lawak senario menjadi lebih daring kerana ianya dilakukan oleh 12 orang yang dituduh kerana terlibat dengan kepala lembu dulu.

Penglibatan mereka pada siri lawak senario ini menunjukkan bahawa mereka ini tidak menyedari kemungkinan satu hari nanti mereka semua akan jadi lembu yang bakal disembelihkan oleh UMNO seperti 2 orang yang dituduh membunuh Altantuya dulu.Kesian betul puak 12 orang ini yang masih tidak sedar tentang semua kemungkinan yang bakal mereka lalui nanti.Mereka tidak perasan bahawa tindakan mereka diwaktu lawak itu dilakonkan boleh menyebabkan mereka disembelih kerana aksi mereka bertentangan dengan 1Malaysia Pak Najib.

Malang sungguh nasib melayu sebegini yang dipukau oleh ketuanan melayu BTN dan kemudiannya disembelih untuk menjaga survival ketuanan melayu itu juga.

Sumber

2 comments:

Ayid said...

Ketuanan Melayu di cabar oleh Gerakan mengapa mereka diam aje. Wake-up wake up. Mana keri, mana Ibrahim katak mana Hishamuddin.

Semalam gerakan mengeluarkan kenyataan terhadap ketuaan melayu mengapa tak bertindak. Gerakan adalah komponen mereka. DAP marah kat katak 3 ekor memang patut itu komponen PR.

Unknown said...

Berita hangat dari Kelantan
http://suwaritimur.blogspot.com/2009/12/arif-fahmisila-berambus-jika-ini-benar.html