"Nampaknya isu doa yang disarankan oleh TGNA sudah mula menyerap ke seluruh pelusuk tubuh tubuh orang orang yang terlibat dengan aktiviti mungkar dan lagho.
Aku pernah diberitahu kelibat azwan ali yang mula kelihatan lantang bersuara menghentam TGNA(tak tahulah pulak setakat mana benarnya) dan kelihatan bersemangat membela dr maza ketika perbicaraannya(yang ini aku menerima kutukan melulu tanpa asas dari beberapa pihak kerana menulis mempersoalkan tujuan kehadirannya di perbicaraan itu).
Tetapi aku membaca sendiri tulisan paknil atau hj aznil hj nawawi yang terkenal sebagai seorang selebriti.Sesudah membaca tulisan paknil baru aku sedar bahawa saranan doa TGNA ini rupa rupanya sudah menyelinap masuk ke jiwa jiwa yang kurang tenteram termasuk kumpulan mansuia yang bernama artis, artis yang paling banyak mempromosikan kemungkaran dan kelalaian kepada umat Islam di negara kita.
Paknil dalam tulisannya itu cuba memperkecilan TGNA yang pada hematnya menyarankan doa kepada saudara seagama ditimpa bala dan malapetaka itu menyimpang dari tuntutan agama Islam.Pada paknil Islam menganjurkan sikap keamanan dan menganjurkan doa untuk kesejahteraan lebih lebih lagi apabila ianya berkaitan sesama Islam.Dangkalnya hujah Paknil yang berkelulusan ijazah sarjana muda ekonomi(ekonomi dan pentabdiran) dari universiti malaya dan graduate pada tahun yang sama dengan prof Agus yusof.Nampaknya sikapnya sama dengan prof Agus yang pernah mengatakan Osama bukan berjihad untuk agama.
Paknil sebenarnya mendedahkan kejahilannya tentang Islam apabila berkata demikian.Paknil tidak pula menyebut kenapa TGNA menyarankan doa sedemikian rupa kepada rakyat Kelantan.Jelasnya, Paknil tidak pernah tahu mengenai janji ALLAH melalui janji Rasulnya ia itu janji melalui hadis yang menyebut bahawa doa 3 golongan tidak AKAN DITOLAK OLEH ALLAH.Di sinilah Paknil jahil pada ketika menyatakan TGNA tidak seharusnya menyaran sedemikian rupa.
Paknil juga cuba mengugut TGNA apabila dia berkata bahawa PM juga boleh menadah tangan dan membalikkan doa itu kepada TGNA.Paknil memang jahil benar dengan adat adat berdoa pada ketika berkata demikian.Mungkin Paknil tidak pernah mendengar orang baca hadis mengenai ALLAH tidak akan memakbulkan doa orang orang yang lalai dan tidak pernah melihat perkaitan hadis ini dengan carahidup PM hatta carahidup Paknil sendiri yang baru sahaja mengerjakan haji tahun lalu.
Paknil semacam tidak nampak bahawa apa yang dibuatnya siang dan malam itu adalah bertentangan dengan suruhan agama sebaliknya menganggap agama hanya ritual semata mata yang tidak ada kaitan dengan perlakuan individu dan perlakuan kerajaan.Kerana itu Paknil berkata beliau tidak mahu melihat isu doa ini dari sudut politik tetapi mahu mengupas isu doa ini melalui isu kemanusia.tetapi Paknil semacam menyembunyikan satu ketakutan kepada kemungkinan saranan ini akan disambut oleh rakyat Kelantan dan musibahnya turut dirasai oleh Paknil.
Kalau isu kemanusian yang ditekankan Paknil, kenapa perlu takut dengan saranan doa ini? Apakah kesan kemanusian hasil dari doa ini?Sebaliknya isu royalti yang tidak dibayar kepada pihak yang berhak boleh membawa kesan kemanusiaan yang besar khususnya kepada rakyat kelantan, Jadi sebenarnya, isu ini boleh diselesaikan dengan cara PM dan kerajaan persekutuan membayar royalti seperti mana dipersetujui kepada kerajaan Kelantan dan kalau ini berlaku maka saranan doa itu tidak perlu diperbesarkan.Paknil seolah tidak nampak bahawa isu ini boleh diselesaikan semudah ABC.
Inilah antara perkara yang tidak dikupas oleh Paknil ketika memperlekehkan TGNA kerana saranan doanya itu.Tetapi tersirat satu kemungkinan ia itu ada rasa takut di dalam diri Paknil dan orang orang yang seangkatannya termasuk orang orang yang dianggap Paknil sebagai orang orang politik dari kem kerajaan yang engkar dengan persetujuan royalti dan cuba membelit belit pemberian royalti dengan nama wang ehsan.
Sumber
6 comments:
Di sini jelas menunjukkan Aznil seorang yang buta politik,dgn tidak mahu mengambil tahu situasi politik Malaysia.akibatnya apabila berlaku kemungkaran politik iaitu apabila hak rakyat kelantan di rompak secara politik oleh kerajaan BN dia tidak nampak perkara itu sebagai kemungkaran yg perlu di cegah.
Ini lah juga hasilnya apabila org yang jahil ingin bercakap pasal agama.Ini adalah salah sayu tanda kiamat yg pernah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w.
"di akhir zaman akan lahirlah orang jahil bercakap pasal agama"
Teringat dialong dlm cerita P.Ramlee
"Bukan anak bapak ,anak setan kalau mcm tu"
"tu bukan Paknil,Pak Pandir kalau macam tu"
Tak adakah rasa hormat kpd Tokguru sebagai ulama'
Tak adakah walau satu ilmu dari Tokguru yg dia boleh dapat dalam kuliah2 dan ceramah2nya.
Sedangkan Saidina Umar amat menghormati seorang tua yng hanya mengajarnya cara mencangkul tanah dgn betul.
walaupun dia tidak setuju dgn Tokguru mmgkin krn berlainan Parti Politik sekurang-kurangnya hormati lah Ilmu nya.
Saya tidak pernah menghina mana2 Ulama' Umno walaupun tak bersetuju dgn idealogi dia.Sebab saya menghormati Ilmunya.
Slmlkm..
Masy sdiri rata2 mgakui golongan artis ni byak mbawa kmungkaran bbanding kebaikan, jauh sekali memperjuangkan Islam sbgai Ad-din, (kecuali mereka yg telibat dgn seni nasyid dll yg menjurus ke arah keagamaan...). Tak hairan sgt lah kalo Pak Nil berhujjah dg hujjah sumbang, smga anak2 kecil yg mnyukai Pak nil tidak diheret ke arah pemikiran yg sama..Jaga anak2 kita spya tidak taksub dg Paknil yg MESRA ALAM... Wallahu 'alam..
Salam Naim,
Inilah akibatnya bila si jahil mengakui Alim. Didalam surah lokman allah berfirman mengenai bak hiburan. Mungkin Pak Nill tak terbaca atau sengaja tak mahu baca mari kita lihat firman Allah:
سُوۡرَةُ لقمَان
أُوْلَـٰٓٮِٕكَ عَلَىٰ هُدً۬ى مِّن رَّبِّهِمۡۖ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ (٥) وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَشۡتَرِى لَهۡوَ ٱلۡحَدِيثِ لِيُضِلَّ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ بِغَيۡرِ عِلۡمٍ۬ وَيَتَّخِذَهَا هُزُوًاۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ لَهُمۡ عَذَابٌ۬ مُّهِينٌ۬ (٦) وَإِذَا تُتۡلَىٰ عَلَيۡهِ ءَايَـٰتُنَا وَلَّىٰ مُسۡتَڪۡبِرً۬ا كَأَن لَّمۡ يَسۡمَعۡهَا كَأَنَّ فِىٓ أُذُنَيۡهِ وَقۡرً۬اۖ فَبَشِّرۡهُ بِعَذَابٍ أَلِيمٍ (٧)
Luqman
(5) Dan ada di antara manusia: Orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan. (6) Dan apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, berpalinglah dia dengan angkuhnya, seolah-olah ada penyumbat pada kedua telinganya; maka gembirakanlah dia dengan balasan azab yang tidak terperi sakitnya. (7) Sadaqallahuazim
Salam Ijoks,Ayid dan Ukhty Sueozana benar sekali komentar anda,inilah yang telah UMNO sumbangkan yakni kejahilan telah melata merosakkan pemahaman org2 Islam menyebabkan mereka semakin jahil dan jauh dr agama.Ini juga adalah salah satu tanda2 dunia hendak kiamat apabila org yng bukan ahlinya berkata tentang perihal sesuatu yng mereka sendiri tidak arif.....
RASA-RASANYA PENYATAAN PAK NIL INI BOLEH MEMENANGI LAWAK TERBAIK BULAN INI...TANPA INGIN MENIDAKKAN PENGETAHUAN AGAMANYA SAMAADA BANYAK ATAU SEDIKIT..PAK NIL TERSALAH BERHUJAH APABILA MENYALAHKAN TOK GURU BERDOA SEDEMIKIAN..
BANYAK HUJAH YANG BOLEH DIGUNAKAN BAGI MENERANGKAN ISU DOA TGNA INI..PALING SIMPLE PADA PADANGAN HAMBA DOA ORANG TERANIAYA..
KELANTAN SEKARANG ADALAH DI PIHAK ORANG YANG TERANIAYA OLEH KERAJAAN '1MALAYSIA'..MAKA TIADA SALAHNYA JIKA TGNA MENYARANKAN AGAR RAKYAT KELANTAN BERDOA MEMOHON AGAR ALLAH S.W.T MEMBERIKAN BALASAN TERHADAP PERBUATAN JAHAT P-END NAJIB
APA-APA PUN TIADA YANG HARUS DIPELIKKAN DENGAN PADANGAN ORANG SEPERTI PAK NIL..TIADA APA YANG BOLEH KITA HARAPKAN DARI ORANG SPERTINYA..MUNGKIN SETAKAT NAK MENGHIBURKAN HATI DENGAN RANCANGAN JANGAN LUPA LIRIK BLEH LA
TAPI JANGAN PULA SAMPAI LUPA ALLAH YE PAK NIL...
Post a Comment