Monday, October 5, 2009

Tiba-tiba aku digelar PENYEMBAH UNDI KAFIR,AL-MUKTAZILI AL-WAHHABI AL-LIBERAL....

Seperti biasa aku menulis perihal PRK di Bagan Pinang seperti hari-hari yang biasa.Penulisanku seperti biasa pro kepada Pakatan Rakyat dan semestinya aku selalu menyatakan kebenaran dan kerosakan yang dilakukan UMNO/BN yang aku rasa satu Malaysia dah tahu. Tajuk post aku hari itu ialah 'Bagan Pinang:Peringatan kepada pengundi-pengundi,kamu bakal disoal!!!'.Seperti biasa ijoks dan Ayid memberi komen berdalilkan Al-Quran dan Hadis yang semestinya terkena batang hidung UMNO.Namun komen itu disanggah oleh seorang bloggers yang kerap memberi komen yang tersangatlah membina kepada aku antaranya beliau pernah menggelarkan aku 'Khawarij'.Komen bloggers itu kali ini berbunyi:

Blogger PondokDungunTerengganu said...

'Cakap-cakap di atas macang baguh je. Cerming diri sendiri dulu wei sebelung nok berperasang muke-muke mung tu layok nok dipromosi sebagai pejuang Islam. Buat malu je. Ghairah ade dua jenis; satu dari Tuhan, satu lagi dari setan-iblis. Aku napok ghairah mung semue dari yang No. 2. Lebih teruk dari wahhabi zaman khalifah.

PondokDungunTerengganu.'

Inilah antara komen2 yang paling best pernah aku dapat. Tidak berhenti setakat itu tiba-tiba bloggers itu mengajak aku untuk 'Sumpah Laknat' Disini. Aku pun tak faham apa yang difikirkan oleh bloggers tu. Kenapa selama ini kemungkaran yang UMNO/BN lakukan terang-terangan didepan mata tidak pulak dia hentam.


Ini senarai kemungkaran UMNO tak pulak dia hentam itu yang menghairankan aku...

UMNO mengatakan bahawa Malaysia adalah negara Islam namun Islam yang bagaimanakah yang mereka inginkan jika UMNO banyak menghalalkan yang haram dan menafikan Hak-Hak ALLAH.Anda buatlah pernilaian sendiri....

1.ALLAH mengharamkan Riba namun UMNO mengubah Riba kepada “interest”, faedah, bunga….

2.ALLAH mewajibkan Hudud, Qishosh, Takzir, Mukhalafat namun UMNO mengubah Hudud, Qishosh, Takzir, Mukhalafat dengan hukuman kufur yang diberikan oleh Lord Reid seorang kufar.Tidak cukup dengan itu UMNO malahan menghina HUDUD.

3.ALLAH mengharamkan JUDI namun UMNO menghalalkan Judi apabila ada lesen dari pemerintah dan judi hanya haram bila tidak ada lesen dari mereka

4.ALLAH mengharamkan Arak namun UMNO menghalalkannya bila cukainya dibayar tetapi menjadi haram bila tidak dibayar cukai kepada pihak kastam

5.ALLAH melarang kita melakukan Rasuah namun UMNO memandang remeh rasuah, malahan mereka mengamalkan rasuah dan menggantikannya dengan istilah politik wang. Terbaru seorang perasuah diangkat menjadi calon PRK di Bagan Pinang.

Jadi Islam yang bagaimana yang mereka mahukan?Apakah mereka lupa pada Sabda Nabi S.A.W "Aku tinggalkan kamu dua perkara yang jika kamu berpegang teguh pada dua perkara ini kamu tidak akan sesat buat selamanya,dua perkara ini ialah AL-Quran dan AS-Sunnah" namun adakah UMNO berpegang pada kedua-dua ini AL-Quran dan As-Sunnah?

Lantas aku membuat kesimpulan bahawa bloggers itu sebenarnya mungkin penyokong UMNO... wallahua'lam...

6 comments:

Pemburu Syahid said...

Salam ya akhi....

Bersabarlah dan istiqamahlah di atas jalan jalan perjuangan bagi menegakkan Islam di muka bumi ini.

Rasulullah saw juga pernah dituduh gila dan sebagainya.

Yang menuduh itu pula adalah bangsa Quraisy yang sama seperti mana Rasulullah saw.

Jadi, apa beza di antara kedua dua pekadian ini?

Na'im Nikmat said...

Syukran Ya akhi atas nasihat yang sangat bermakna, benar perjuangan Rasulullah S.A.W amatlah besar dan langsung tidak layak kita dibandingkan dengan Baginda Rasulullah S.A.W. UMNO memang telah lama mengikut jejak langkah musuh-musuh Nabi Muhammad S.A.W seperti Abu Jahal, Abdullah Bin Ubai dan kaum2 Musyrikin yang lain. Semoga kita dikuatkan Iman dan Takwa untuk melawan musuh-musuh Islam ini.Takbir!!!

Unknown said...

Salam saudaraku dlm Islam,Benar sekali seperti yg dikatakan oleh saudara kita Pemburu syahid di atas.

nabi muhammad s.a.w juga dituduh dgn tuduhan macam2.
Baginda pernah dituduh pemecahbelah masyarakat,
baginda juga dituduh membawa ajaran baru yang menyesatkan bahkan beliau dituduh sebagai gila.

Kata Tokguru Nik Aziz,hanya org bodoh yg tak ada musuh sedangkan Nabi s.a.w yg di iktiraf oleh Allah sebagai sebagai sebaik2 manusiapun ada musuh...

Kita bersabar ,kita dpt pahala free,mereka yg memfitnah mereka dpt dosa free.

Na'im Nikmat said...

Salam Akhi Ijoks,
Kita hanya mampu bersabar dan tetap berpegang teguh kepada Al-Quran&As-Sunnah.Semoga ALLAH tetapkan hati kita dalam terus memartabatkan AgamaNya Takbir!!!

Pemburu Syahid said...

Ana dah went through blog tu secara sekali imbas. Kesimpulan yang ana boleh buat adalah :

Takde ilmu tapi perasan berilmu.

Kalau ada ilmu pun, baru jer dapat ilmu tapi perasan diri dah standard Tok Guru Pondok.

Anti TG Hj Nik Aziz.

Anti PAS.

Salah faham terhadap Islam.

Tafsir ayat al-Quran mengikut suka hati sendiri dan bukan berdasarkan ilmu.

Memetik ayat al-Quran dalam konteks yang salah.

Munafiq sebab tu beliau tapis komen. Jika berada di pihak yang benar dan berani berhujah secara anak jantan, jgn tapis komen dan hadapi semua hujahan yang tidak sealiran.

Pencacai UMNO kerana terdapat bahagian bahagian tertentu tulisan beliau yang kelihatan seperti membela Melayu berbanding perpaduan atas nama Islam.

Wallahu a'lam

Na'im Nikmat said...

Ana bersetuju dengan pendapat anta.Memang jika dilihat ada kebenarannya sebab jika dia betul2 membela Islam dia takkan begitu asobiyah...