Friday, October 2, 2009

Bagan Pinang:Peringatan kepada pengundi-pengundi,kamu bakal disoal!!!

Sebelum anda membuang undi,ketahuilah bahawasanya undi anda akan disoal oleh ALLAH S.W.T. Sedangkan dalam memilih imam dalam sembahyang pun kita harus memilih yang baik diantara yang baik untuk mendapat yang terbaik. Dan ketahuilah jika kita cenderung kepada orang yang zalim maka kita termasuk didalam golongan orang yang zalim.

Perbuatan rasuah amat dilarang keras oleh Syariat Islam dan dihitung sebagai salah satu Dosa Besar.

Firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah Ayat 177

“Janganlah kamu makan harta-harta diantara kamu dengan jalan haram dan kamu bawa (berikan) kepada hakim-hakim untuk kamu makan sebahagian dari harta-harta manusia (orang lain) dengan cara kedosaan walhal kamu mengetahui.”

Sabda Nabi S.A.W

“Laknat Allah atas orang yang memberi suap dan orang yang menerima suap dalam hukum”

Semua hasil yang dimakan dari rasuah adalah Haram, menurut Nabi S.A.W “As-suhut” iaitu api neraka lebih utama dengannya.

Masyarakat umumnya menganggap “Rasuah” itu adalah satu cabang dari korupsi yang sasarannya sama-sama merugikan masyarakat, bangsa dan negara.

Maka kita sebagai umat Islam haruslah menjauhi diri kita dari perbuatan terkutuk ini kerana siksaan di Akhirat amatlah pedih bagi orang-orang yang terlibat dengan Rasuah. Ingat-ingatkanlah wahai pengundi-pengundi barangsiapa yang cenderung kepada orang yang zalim maka dia termasuk didalam golongan orang yang zalim.
Firman ALLAH S.W.T:

Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolong pun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan.(Surah Huud ayat 113)


Ingatlah pada pesanan Junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W :

Kelak, akan ada para penguasa, lalu kalian melakukan amar makruf nahi mungkar. Siapa saja yang melakukan amar makruf maka dia telah bebas (dari pertanggungjawaban di hadapan Allah Swt.). Siapa saja yang melakukan nahi munkar maka dia akan selamat. Akan tetapi, siapa saja yang ridha dan mengikutinya (maka dia tidak akan bebas dan tidak akan selamat). (HR Muslim).

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Akan lahir selepas aku beberapa pemimpin yang mementingkan diri sendiri dan yang melakukan perkara-perkara yang tidak disukai oleh kamu. Para Sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah apakah yang engkau hendak perintah dikalangan kami ini sekiranya terdapat perkara seperti itu? “Baginda s.a.w. menjawab, “ hendaklah kamu menunaikan tanggungjawab kamu dan memohon kepada Allah segala hak-hak yang kamu perlukan.”
Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

8 comments:

Unknown said...

Salam sahabat,apa pula hukumnya YB yang menang dengan cara Rasuah pengundi.
Adakah halal gaji yang dia gunakan setiap hari untuk memberimakan pada anak-anaknya.

Ingatlah,sesuatu daging yang tumbuh dari makanan yang dibeli dari duit yg haram,akan menjadi bahan bakar api neraka.

Ayid said...

سُوۡرَةُ النِّسَاء
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ خُذُواْ حِذۡرَڪُمۡ فَٱنفِرُواْ ثُبَاتٍ أَوِ ٱنفِرُواْ جَمِيعً۬ا (٧١

Wahai orang-orang yang beriman, bersedialah dan berjaga-jagalah (sebelum kamu menghadapi musuh), kemudian (bila dikehendaki) maralah (ke medan perang) sepuak demi sepuak atau (jika perlu) maralah serentak beramai-ramai. (71)

Na'im Nikmat said...

Maka benarlah Firman ALLAH S.W.T serta pesanan Rasulullah S.A.W. Baginda telah berpesan:
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Jika kamu tersasar dari kedua-dua sudah tentu kamu(UMNO)berada didalam kesesatan yang nyata bukan ana yang cakap tapi Rasullullah S.A.W.

Ayid said...

Allah S.W.T Mengingatkan kita dalam Surah Hud pada Ayat 113. A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim [740] yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolongpun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan." ShodaqALLAHul'Azim.

[740]. Cenderung kepada orang yang zalim maksudnya bersekongkol, bekerjasama, menolong, mengundi, memilih, menyokong dan meredhai perbuatan mereka.

Ayid said...

Firman Allah

سُوۡرَةُ الاٴنفَال

وَإِذۡ يَمۡكُرُ بِكَ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ لِيُثۡبِتُوكَ أَوۡ يَقۡتُلُوكَ أَوۡ يُخۡرِجُوكَ‌ۚ وَيَمۡكُرُونَ وَيَمۡكُرُ ٱللَّهُ‌ۖ وَٱللَّهُ خَيۡرُ ٱلۡمَـٰڪِرِينَ (٣٠)

Al-Anfal
Dan ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Mekah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu atau membunuhmu atau mengusirmu. Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya. (30)

Macamana pun tipu daya UMNO jika Allah berkehendakan kemenangan bagi Islam pasti berjaya

Na'im Nikmat said...

Sabda Rasulullah S.A.W:

Kelak, akan ada para penguasa, lalu kalian melakukan amar makruf nahi mungkar. Siapa saja yang melakukan amar makruf maka dia telah bebas (dari pertanggungjawaban di hadapan Allah Swt.). Siapa saja yang melakukan nahi munkar maka dia akan selamat. Akan tetapi, siapa saja yang ridha dan mengikutinya (maka dia tidak akan bebas dan tidak akan selamat). (HR Muslim).

PondokDungunTerengganu said...

Cakap-cakap di atas macang baguh je. Cerming diri sendiri dulu wei sebelung nok berperasang muke-muke mung tu layok nok dipromosi sebagai pejuang Islam. Buat malu je. Ghairah ade dua jenis; satu dari Tuhan, satu lagi dari setan-iblis. Aku napok ghairah mung semue dari yang No. 2. Lebih teruk dari wahhabi zaman khalifah.

PondokDungunTerengganu

Unknown said...

Saya cuma bertanya,Takkan bertanya pun salah.
Apakah hukum.
,apa pula hukumnya YB yang menang dengan cara Rasuah pengundi.
Adakah halal gaji yang dia gunakan setiap hari untuk memberimakan pada anak-anaknya.
Memanglah saya ni jahil sebab tu sy bertanya,Saya nak bertanya ustaz Pondok dungun ni yg Alim ni ,apa hukumnya ustaz?