Bekas Adun Umno Kawasan Pulau Manis, Pekan, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz, menyeru penyokong-penyokong Umno yang mengundi dalam PRK Bagan Pinang 11 Oktober nanti supaya tidak mengundi BN.
Dalam tulisan melalui blognya sakmongkol.blogspot, beliau berkata Umno hari ini sudah terlalu banyak menyimpang daripada asas perjuangan asal.
Katanya, penyimpangan tersebut di lakukan oleh pimpinan yang korup, angkuh dan bermutu rendah. Justeru pengundi di Bagan Pinang khususnya orang Melayu mesti menghantar isyarat yang nyata bahawa UMNO yang mereka mahu ialah UMNO yang mesti berpulang kepada pangkal perjuangan.
“Saya menyusun jari nan sepuluh dan menundukkan kepala nan satu memohon semua orang Bagan Pinang memikirkan masa depan mereka. Memang benar UMNO banyak menyimpang dari asas perjuangan mereka. Tapi itu semua bukan berpunca dari kecacatan azali UMNO. Penyimpangan tersebut di lakukan oleh pimpinan yang korap, yang angkuh, yang bermutu rendah”.
“Rakyat di Bagan Pinang khususnya nya orang Melayu mesti menghantar isyarat yang nyata bahawa UMNO yang mereka mahu ialah UMNO yang mesti berpulang kepada pangkal perjuangan. Dan anda semua menghantar isyarat tersebut bukan dengan mencederakan UMNO tapi memberi nya tiupan semangat. Inilah masa nya pertubuhan Melayu yang membela rakyat memerlukan pembelaan pula”.
“Cuba kita bayangkan. UMNO muncul pada tahun 1946 ketika orang Melayu mennghadapi ancaman yang amat berbahaya. Bererti UMNO itu adalah pelindung ketika bahaya. UMNO mungkin tidak constant- ia berubah. Kemurnian perjuangan di cabul, di rosakkan oleh jenis pimpinan yang korap, angkuh dan bodoh. Yang constant dan bersifat tetap ialah kehidupan ini berubah dan setiap perubahan mengandungi ancaman dan kebelan. Walaupun kita tidak dapat memastikan apa bahaya yang orang Melayu boleh hadapi, kelemahan dari sudut itu tidak boleh di jadikan alasan untuk menghumban keluar UMNO”.
Mohd Ariff Sabri yang dikenali sebagai Datuk Sak, menjadi Adun Pulau Manis selepas memenangi PRU 2004 tetapi kemudiannya tidak terpilih lagi sebagai calon pada 2008 bersama beberapa orang Adun.
Tempatnya diganti oleh Khairuddin Mahmud (BN) yang mengalahkan calon PAS Ustaz Othman Bakar.
Sumber:http://biaqpila.blogspot.com
No comments:
Post a Comment