Sekiranya umat Islam benar-benar menghayati ajaran Nabi kita dan mendalami ilmu Tauhid yang sebenar-benarnya, mereka tidak akan melenting apabila mendengar kenyataan Tuan Guru Nik Aziz yang menyatakan Islam UMNO tidak akan ke syurga.
Kita kena ingat dan fahami bahawa Nabi diutuskan oleh Allah untuk menyampaikan perkara yang benar dan menolak segala fahaman yang sesat dan amalan yang berbentuk kemungkaran kepada Allah.
Allah telah menjanjikan syurga bagi hambanya yang bertaqwa sahaja. Kena ingat, seseorang yang beriman belum tentu dia seorang yang bertaqwa tetapi seseorang yang bertaqwa sudah pasti dia seorang yang beriman.
Taqwa akan lahir setelah manusia benar-benar beriman kepada Allah dengan menolak segala perkara yang berbentuk mungkar, zalim dan sesat.
Seseorang wanita yang menutup aurat mungkin seorang yang beriman tetapi belum tentu dia seorang yang taqwa sekiranya akhlak dan perjuanganya lari dari apa yang diajar oleh nabi kita. Apatahlagi dia menutup aurat bukan kerana Allah tetapi hanya ingin menunjuk-nunjuk saja atau cara penutupan auratnya tidak sempurna seperti yang ditetapkan oleh Allah.
Balasan bagi wanita yang dedahkan aurat telah dijelaskan dalam peristiwa israk dan Mikraj, mengapa masih tidak insaf? Malahan suami atau bapa-bapa mereka juga akan diazab kerana cuai menjalankan amanah Allah supaya anak-anak perempuan atau isteri mereka menutup aurat.
Membina masjid dan Pusat tahfiz mungkin mereka nampak beriman tetapi belum tentu mereka golongan yang betaqwa sekiranya dalam masa yang sama mendirikan dan meluluskan kilang arak, judi dan pusat maksiat yang lain.
Golongan yang memberi rumah dan wang kepada rakyat mungkin mereka beriman tetapi belum tentu mereka itu bertaqwa sekiranya dalam masa yang sama merobohkan rumah dan merampas tanah rakyat secara paksa dan zalim serta menipu harta rakyat seperti rasuah.
Mengadakan Tilawah Al Quran dan hafazan dan dalam masa yang sama menolak dan menghina hukum-hukum Allah tidak mencerminkan mereka golongan yang taqwa. Semua perbuatan ini tidak melayakan mereka untuk masuk syurga Allah kerana Nabi tidak mengajar Islam cara begitu. Yang Nabi ajar ialah melaksanakan yang makruf dan menghapuskan kemungkaran bukan dua-dua sekali dibuat serentak.
Islam Nabi bukannya Islam yang diumpamakan seperti tong sampah yang bercampur-gaul semua perkara. Tapi islam inilah yang diamalkan oleh UMNO dulu, kini dan selamanya. Jadi nak masuk syurga macamana? Itulah Islam sesat dan songsang.
Menyokong atau mengundi golongan yang jelas melaksanakan Islam ala tong sampah adalah sia-sia. Hanya golongan yang tidak boleh menerima kebenaran saja yang akan menentang kenyataan Nik Aziz itu.
Ingatlah, sokong PAS belum tentu masuk syurga tetapi sokong UMNO cerah ke neraka. Orang Solat belum tentu ke syurga tetapi yang tak solat ada jaminan ke neraka. Wanita tutup aurat belum tentu masuk syurga tetapi yang dedah aurat pasti ke neraka. Inilah ajaran Nabi yang sebenarnya.
Kebendaan, kemewahan dan pembangunan tidak boleh mengubah hukum Allah. Oleh itu janganlah menyokong sesuatu pihak kerana melihat jalanraya, sekolah, hospital, masjid dan berbagai lagi dengan membelakangkan syariat Allah.
Untuk menjamin mendapat lindungan Allah kelak, pasti hukum atau syariat Allah dulu perlu diutamakan dan diletakkan dihadapan.
Kalau dengan wang RM300 hati sudah lemah untuk memilih atau menyokong golongan yang jelas melakukan kemungkaran kepada Allah, melakukan kezaliman dan penipuan, jelaslah iman dan taqwa telah Allah cabut dari hati mereka itu. Wallahualam.
Tok Janggut,Marang.
sumber:Harakahdaily
No comments:
Post a Comment