Saturday, September 5, 2009

Perosak masyarakat?

Penguasa

http://keadilanbatu.files.wordpress.com/2008/09/najib.jpg




Ulama'-Ulama' mereka



(Fatwa yang dikeluarkan hanya untuk kepentingan Penguasa)

Orang-orang yang memegang Amanah


(Mereka ini tidak amanah dengan jawatan yang dipegang)

Mereka yang di zalimi,di nafikan hak,di sepak terajang




"Dua macam golongan manusia yang apabila keduanya baik maka akan baiklah masyarakat. Tetapi, apabila keduanya rosak maka akan rosaklah masyarakat itu. Kedua golongan manusia itu adalah ulama dan penguasa." [HR Abu Na’im]

"Akan datang penguasa-penguasa fasik dan zhalim. Barangsiapa percaya kepada kebohongannya dan membantu kezalimannya maka dia bukan dari golonganku dan aku bukan dari golongannya, dan dia tidak akan masuk syurga." [HR Tirmizi]

Dalam hadis di atas Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam menerangkan bahawa penguasa itu ada yang baik dan ada pula yang buruk. Begitu pula ulama itu ada yang baik dan ada yang buruk (ulama su‘). Lebih tegas lagi Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam menyatakan dan mengingatkan kita bahawa ulama su’ ini adalah seburuk-buruk manusia,

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: "Telah bersabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam.; "Akan tiba suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah naungan langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali". [HR al-Baihaqi]

Dari ‘Adi Ibnu ‘Amirah al-Kindi r.a katanya:”Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:’Sesiapa yang kami angkat di antara kamu memangku suatu jabatan, lalu disembunyikannya terhadap kami sebuah jarum atau yang lebih kecil dari itu, maka perbuatannya itu adalah penggelapan. Dia akan datang pada hari kiamat membawa barang yang digelapkannya itu.”
(HR Muslim)

N'N':Mereka ialah golongan yang menurut hawa nafsu.Mengumpul kekayaan dunia dan melupakan hari akhirat.Hak-hak rakyat dinafikan malah Hak-hak ALLAH tuhan yang Maha Esa juga dinafikan.Mereka tidak segan silu mengkotak katikkan hukum-hukum ALLAH. Marilah bersama-sama kita bersatu menentang kezaliman puak-puak munafik ini supaya kita terselamat diakhirat yakni tempat bermastautinnya kita nanti dan ingatlah kita semua adalah warga akhirat......


2 comments:

Ayid said...

أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ (الحجرات:6)

Firman Allah dalam surah Al-Hujurat ayat 6 yang Tafsirnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” Itu lah UMNO ada sifat ABDULLAH BIN UBAI

Na'im Nikmat said...

Munafikun tempatnya dineraka yang paling bawah Nauzubillahiminzalik