Monday, August 17, 2009

Wajib Baca!!!Siapa Pengkhianat Orang-Orang Melayu?(Soalan-soalan yang perlu di jawab)

.Siapakah yang meminda Perlembagaan Persekutuan mengurangkan kuasa Raja-raja Melayu?
.Siapakah yang melacurkan pendidikan Negara dengan pelaksanaan PPSMI yang membunuh potensi Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan?
.Siapakah yang menyerahkan tanah seluas 51,170 hektar kepada Singapura dengan bayaran RM350 juta seperti didedahkan hubaya tertentu?
.Siapa yang menafikan hak masyarakat Melayu di negeri Kelantan dan Terengganu untuk memperolehi royalty petroleum sejak sekian lama?
.Siapakah yang memecat Almarhum Dato’ Ishak Baharom yang menggazetkan Fatwa pengharaman penyertaan orang Melayu di dalam Pertandingan Ratu Cantik di Selangor satu ketika dahulu?
.Siapakah yang menyeleweng kuota masyarakat Melayu di dalam pengagihan kontrak-kontrak untuk kroni-kroni mereka semata?
.Siapakah yang meminda Perlembagaan Persekutuan untuk melaksanakan Persempadanan Semula Kawasan Pilihanraya yang mengecilkan undi orang Melayu untuyk tujuan politik mereka?
.Siapa pula yang suatu ketika dahulu bermati-matian mahu menggugurkan nama Islam di dalam semua pertubuhan politik dan NGO suatu ketika dahulu?
Jawapan kepada soalan ini hanya satu yang pastinya kita semua tahu mereka ialah UMNO,UMNO dan UMNO.Mengapa orang-orang Melayu menjadi buta matanya dan tuli telinganya sampai bila mahu diperbodohkan UMNO.

No comments: