Friday, August 7, 2009

Tidak sesekali orang Mukmin itu akan bersatu bersama-sama orang Munafik

Tidak sesekali orang Mukmin itu akan bersatu bersama-sama orang Munafik.Mana mungkin PAS yang selama ini berjuang untuk mermartabatkan Islam akan bersekongkol dengan UMNO yang sejak dari permulaan lagi tidak mahu melaksanakan Islam.Namun ada juga suara-suara jahat yang tidak putus-putus mahu menyalahkan PAS dari segala sudut. Mengapa hanya PAS sahaja yang dipersalahkan dalam isu membasmi penjualan arak,membasmi perjudian dan perlaksanaan Hudud. Apakah mereka ini terlupa yang UMNO itu ialah parti yang majoriti ahlinya adalah beragama Islam belaka dan sepatutnya wajib melakukan 'Amar Maaruf Nahi Mungkar'.Tidak kurang juga suara orang bodoh yang menuduh PAS tidak mahu melaksanakan Hudud.Apakah orang yang menyalahkan PAS ini menggunakan akalnya untuk berfikir sejenak bahawa apa-apa sahaja undang-undang yang ingin dilaksanakan perlu mendapat sokongan Majoriti Ahli Parlimen?Persoalannya mengapa mereka tidak nampak bahawa pihak yang tidak mahu melaksanakan hukum ALLAH ialah majoriti Ahli Parlimen yang beragama Islam yang rata-ratanya adalah ahli UMNO.Susah sangatkah untuk menggunakan otak kurniaan ALLAH S.W.T. Isu di Selangor pula yang sedang hangat diperkatakan ramai yang menuding jari kepada PAS.Saya ingin bertanya kepada mereka pihak manakah yang menghalalkan penjualan arak diseluruh Malaysia?Siapakah yang mengeluarkan lesen penjualan arak itu? Saya tidak hairan jika seorang kufar mahu mempertahankan penjualan arak kerana itu adalah lumrah kaum yang sesat.Namun apa yang benar-benar menghairankan ialah mengapa di Malaysia ada penjualan arak yang halal dan hanya haram apabila tiada lesen dikeluarkan pihak kerajaan UMNO/BN apakah ertinya ini??? PAS tidak mampu melaksanakan sepenuhnya hukum Islam kerana UMNO/BN tidak mahu melakukan sedemikian tetapi PAS walaupun tidak mampu melaksakannya sepenuhnya hukum Islam tapi PAS tetap menjalankan hukum-hukum Islam walaupun tidak secara total kerana PAS sedaya upaya membuat apa yang termampu atas tentangan saudara semuslim UMNO kerana PAS sudah boleh menjawab kepada ALLAH S.W.T bahawa mereka telah berusaha tapi UMNO/BN menghalangnya.Buktinya di Kelantan segala proses Islamisasi dijalankan dengan jayanya oleh seorang pemimpin bergelar Tuan Guru yakni Y.A.B Datuk Seri Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat hal ini telah disokong bekas Mufti Perlis Dr.Asri didalam blog beliau yang berbunyi:

“Melihat kepada usaha-usaha islamisasi di Kelantan yang telah dan sedang dilakukan, maka saya berpendapat sebarang kegiatan untuk menjatuhkan Kerajaan Kelantan yang sedang ada amat tidak wajar dan menyanggahi ruh Islami seorang muslim, bahkan jiwa seorang insan biasa yang adil dalam penilaian pun.

Biarlah Kelantan dengan caranya, mereka muslim, mereka cuba memerintah dengan pendekatan yang tidak menyanggahi syariat, sebaliknya cuba memenuhinya. Usaha menjatuhkan Kelantan hanya menimbulkan salahfaham mereka yang bersemangat Islam terhadap Kerajaan Pusat”.

Siapa yang sepatutnya dipersalahkan dalam soal ini?? Jawabnya senang sahaja yakni tangan-tangan orang yang memangkah UMNO/BN pada kertas undi mereka pasti akan dipersoal di mahkamah ALLAH kerana sudah jelas mereka telah melantik wakil-wakil yang menentang hukum-hukum ALLAH.Ingatlah ALLAH telah mengurniakan kamu akal gunakanlah akal kamu sebaik-baiknya.

Firman ALLAH S.W.T:
Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Surah Al-Anfal ayat 63)

5 comments:

BUJANG SUSAH said...

Assalamualaikum... Salam ziarah dari sahabat.. nice blog n good entry..
sedikit info buat teman2 bloggers sila
klik disini.

i love you full.. ha..ha..ha..ha...ha..

Teruskan menulis.. dan semoga sejahtera sentiasa.
Allahuakbar...!!!! wassalam

Na'im Nikmat said...

Syukran ya akhi,blog saudara memang banyak info-info menarik manthop.Ana yang tak tau pun dah jadi tau he he syukran ya akhi

Unknown said...

Salam tuan blog,tahniah,Entry yang bertepatan dengan suasana politik hari ini.To bujang susah,ilove u 2 wakahkah.
Kesian kat Bujang susah dah la bujang,susah pula tu,sama lah kita..

Mohamadazhan.com said...

salam. betul. islam terkongkong untuk dilaksanakan di malysia. kita buat stkat yg termmpu.

Na'im Nikmat said...

Syukran Ijok2009&Mohamadazhan terima kasih atas ulasan saudara yang sangat membina,ya benar jika kita tidak mampu melaksanakan semua jangan ditinggalkan semua,semoga kita terus berjuang mermartabatkan Islam Takbir!!!