Monday, August 10, 2009

Bangkitlah Melayu atau Bangkitlah Islam & Ummah?

Gandingan mantap pemimpin2 UMNO/BN yang memegang teraju kepimpinan Malaysia semakin terserlah.Dari PM ,TPM dan Menteri2nya memainkan peranan yang amat penting. Golongan yang tidak sependapat ataupun golongan penentang pastinya mendapat ganjaran yang setimpal.Tanpa mengira kanak-kanak,wanita mahupun warga tua sesiapa yang menentang padah jawabnya. Segalanya dilakukan untuk meneruskan ‘survival’ korupsi . Sasaran isu untuk meneruskan ‘Survival korupsi’ masih sama seperti era pemimpin terdahulu yakni ‘Ketuanan Melayu’ golongan sasarannya penduduk-penduduk kampung,remaja-remaja yang terbantut pembelajaran,kutu-kutu rayau dan golongan yang berpaksi perkauman. Antara bahan bakar untuk menaikkan kemarahan golongan2 sasaran pastinya isu perkauman.Setelah sedaya upaya mencaci bahan-bahan sentimen akhirnya mereka telah menemui isu yang pastinya dapat menaikkan kemarahan golongan sasaran.Akhirnya negeri Perak menjadi sasaran. Isunya mantap “Nizar Boneka Cina DAP’,apalagi berteriaklah golongan sasaran. Akhbar-akhbar kroni mula memainkan peranan,Utusan Meloya,Berita Hairan ,RTM1,RTM2 dan TV Tiga Suku mula memainkan peranan dengan membawa slogan ‘Bangkitlah Melayu’. Maka umpan telah mengena dan berteriaklah Melayu-melayu melaungkan ‘Hidup Melayu’. Namun apa yang peliknya tiba2 timbul slogan ‘1 Malaysia’ yang bertema semua kaum di Malaysia adalah satu bangsa. Begitu mudah mereka membawa slogan yang telah lama diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat.Namun dalam masa yang sama media2 kroni masih mengbangkitkan isu ‘bangkitlah Melayu’. Namun golongan sasaran masih tidak nampak apa yang berlaku cukuplah 5 tahun sekali wakil rakyat mereka menjenguk.Dan tiba2 mereka dianak emaskan apa sahaja pertolongan yang dipinta pasti dipenuhi.Kain-kain pelekat serta guni-guni berisi beras dihulur tanpa dipinta.Didalam hati golongan sasaran ini ‘ah,mulianya hati pemimpin2 UMNO ini,undiku pasti untuk mereka’. Inilah realiti yang berlaku setelah sekian 50 tahun lebih lamanya masyarakat Melayu mudah ditipu,dikotak-katikkan dan diputar- belitkan.Mengapa?Kenapa?Bagaimana?.Bagaimana ingin aku katakan jika golongan ini telah didedahkan dengan kata-kata fitnah dan provokasi dengan media-media kroni yang sudah 50 tahun lebih menusuk kekalbu mereka?Bagaimana ingin kukatakan mereka telah ditipu bulat2 oleh media rasmi yang telah menjadi 50 tahun berkhidmat untuk mereka?Bagaimana ingin kukatakan kepada mereka2 ini pegangan mereka selama ini sesat berpaksikan perkauman?Bagaimana senangnya bangsaku menjadikan pemimpin negaraku ini dari kalangan mereka yang fasik dan zalim? Permasalahan ini seperti tiada perhujungnya.Sebenarnya permasalahan ini ada penyelesaiannya dan jalannya amatlah mudah. Bersabda Nabi Muhammad S.A.W:

‘Aku tinggalkan kamu dua perkara dan apabila kamu berpegang pada dua perkara ini nescaya kamu tidak akan sesat untuk selama-lamanya, dua perkara itu ialah Al-Quran dan Sunnahku’

Sedarlah wahai bangsa Melayu didalam kubur nanti tidak ditanya apa bangsamu tapi apa yang akan ditanya ialah akidahmu dan peganganmu wahai bangsa Melayu. Tiada istilah ‘Bangkit Melayu’@’Hidup Melayu’ yang ada Cuma ALLAHUAKBAR! .Dan semasa matinya kita akan hanya mengucap ‘Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan ALLAH dan Nabi Muhammad Rasulullah’ . Maka BANGKITLAH WAHAI MUSLIMIN DAN MUSLIMAT ikutlah Jemaah yang ingin mermartabatkan Islam kerana ISLAM adalah AD-DEEN. ISLAM ialah jawapan kepada segalanya..Takbir!!!!

2 comments:

Unknown said...

Salam,
kadangkala kita terlupa siapa kita,kadangkala kita dilekakan oleh kesibukan dunia sehingga terlupa tujuan sebenar kita,
kadangkala kita rasa amat kesunyian,
kadangkala kita jadi terlampau pilu,
kadangkala kita terlampau gembira,
kadangkala...
kita tak tahu apa nak komen kat blog kawan kita,huah huah huaa..

Na'im Nikmat said...

He he Ijoks :-)