Wednesday, August 19, 2009

Pilihan di tangan kita...

Sesungguhnya ALLAH S.W.T telah mengurniakan kita akal fikiran dan dijadikan kita dengan sebaik-baik kejadian. Lantas dilahirkan di dalam nikmat Islam. Sepatutnya sebagai manusia yang berakal kita seharusnya sedar tujuan penciptaan kita di muka bumi ciptaan ALLAH S.W.T ini. Kita ditugaskan menjadi Khalifah ALLAH di muka bumi,namun sedarkah kita pilihan yang sepatutnya kita buat. Sejak azalinya lagi kita diberi dua pilihan samada 'Syurga' ataupun 'Neraka' tiada jalan yang ditengah-tengah kita cuma boleh memilih Syurga ataupun Neraka.Namun adakah kita telah membuat pilihan untuk kemana.Firman ALLAH S.W.T:
[61]
“Dan (Aku perintahkan): hendaklah kamu menyembahKu; inilah jalan yang lurus.
[62]
“Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf?
[63]
“Yang kamu saksikan sekarang ialah neraka Jahannam, yang kamu selalu diancam memasukinya (kalau kamu tidak taatkan perintah Allah).
[64]
“Rasalah kamu bakarannya pada hari ini, disebabkan perbuatan kufur yang kamu telah lakukan!”
[65]
Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan.
(Surah Yasin ayat 61-65)

Wahai ummat Islam saudara-saudaraku pilihan terletak ditangan kita samada 'Syurga' ataupun 'Neraka' kerana setiap apa yang kita lakukan pasti dihitung dan ketahuilah bahawa nasib kita disana tidak akan sama..

Firman ALLAH S.W.T:
“Kami akan memasang timbangan yang tepat Pada hari Kiamat maka tiadalah dirugikan seseorang barang sedikit pun. Dan jika amalan itu hanya sebesar biji sawi pun pasti Kami mendatangkan (pahala)nya, Dan cukuplah Kami sebagai Pembuat perhitungan,” (Al-Anbiya’: 47)

No comments: