Umat Muslimin muncul memimpin dunia.Mereka memecat umat-umat palsu dari kepimpinan umat manusia dengan penuh kesungguhan,bijaksana dan adil.Mereka mempunyai sifat-sifat yang cukup yang melayakkan mereka memimpin umat-umat manusia dan menjamin kebahagiaan dan kejayaan umat yang berada di bawah naungan dan pimpinan mereka.
Pertama:Umat Islam mempunyai Kitab suci dan syar'iat yang diturunkan ALLAH.Mereka tidak membuat undang-undang sendiri,kerana membuat undang-undang sendiri itu merupakan punca kejahilan,kesalahan dan kezaliman.Tindak tanduk mereka,politik mereka dan cara pergaulan mereka dengan manusia tidak sebarangan dan lintang-pukang.
"ALLAH mengurniakan Nur kepada mereka dengan Nur inilah mereka berjalan dikalangan umat manusia.Dan ALLAH telah mengurniakan syari'at kepada mereka dan dengan syari'at inilah mereka menghukum manusia.
Firman ALLAH S.W.T:
[122]
Dan adakah orang yang mati (hatinya dengan kufur), kemudian Kami hidupkan dia semula (dengan hidayah petunjuk), dan Kami jadikan baginya cahaya (iman) yang menerangi (sehingga dapatlah ia membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan dapatlah) ia berjalan dengan suluhan cahaya itu dalam masyarakat manusia, (adakah orang yang demikian keadaannya) sama seperti yang tinggal tetap di dalam gelap-gelita (kufur), yang tidak dapat keluar sama sekali daripadanya? Demikianlah (sebagaimana iman itu diperlihatkan keelokannya kepada orang-orang yang beriman), diperlihatkan pula pada pandangan orang-orang yang kafir itu akan keelokan apa yang mereka telah lakukan (dari perbuatan kufur dan segala jenis maksiat).
(Al An-'am)
[8]
Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.(Al-Maidah)
Bersambung di post yang akan datang......
No comments:
Post a Comment