Majlis Fatwa Kebangsaan Kena Keluarkan Fatwa ISA
Majlis Fatwa Kebangsaan perlu mengeluarkan fatwa mengenai ISA. Ini kerana isu ini telah berulang kali diminta oleh Umat Islam agar dilihat di sudut agama. Namun fatwa itu hendaklah adil, bebas dari keterikatan dengan mana-mana pihak, dibahaskan secara saksama dengan kehadiran pakar perundangan, pihak berkuasa dan mangsa. Juga ahli-ahli politik yang bersetuju dan yang membantah perlu dijemput memberikan pandangan.
Penilaian adil perlu untuk panduan kerajaan. Malanglah jika isu-isu pinggiran dibincangkan sedangkan isu-isu besar yang membabitkan kepentingan umat ditinggalkan. Majlis Fatwa Kebangsaan menggunakan wang awam, maka pastikan faedahnya balik kepada awam secara jelas. Mesyuarat yang biasanya berlangsung di hotel-hotel yang hebat itu perlu mengeluarkan pandangan-pandangan yang hebat untuk kemaslahatan umum.
Hari ini rakyat berbagai pendapat tentang ISA, berikan pandangan para mufti pula. Masakan mungkin mereka tidak peka, sedangkan semua rakyat berbicara. Saya secara peribadi semasa menjadi mufti telah mengeluarkan pandangan dalam Bulan Ramadhan lepas di Perlis, Kelantan, Kuala Lumpur dan berbagai tempat. Media tempatan telah berulang kali menyiarkannya. Kali ini kita menuntut pandangan rasmi agensi agama kerajaan pusat pula.
- Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Lampeter, UK.
Ustazah yang mengeluarkan kenyataan berkaitan Ibu tunggal dibenarkan melacurkan diri untuk mencari nafkah, hari ini melalak lagi dengan kenyataan dibawah;
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mashitah Ibrahim, berkata Islam tidak menggalakkan mana-mana umatnya untuk menyertai dan menganjurkan majlis yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat.
Dan ini Tok Peti umno punya kenyataan pulak, yang mana kenyataan yang betul dengan kehendak agama aku sokong, tapi kalau mempermainkan agama demi kepentingan parti yang bakal "JAHANAM", memang patut di sanggah pun, kenyataan dia kat bawah ni;
Sementara itu, Mufti Perak, Harussani Zakaria, berkata jika perhimpunan yang boleh mendatangkan huru hara, maka adalah haram mana-mana pihak untuk menyertainya apatah lagi perhimpunan itu tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa.
Bila di minta fatwa hukum tentang Undang-Undang ISA, depa semua pakat senyap takut nak keluarkan hukum. Syaitan yang bisu pun mungkin tak sebisu depa kot...
Tak tau nak kata apa dah dengan kenyataan 2 ekor pengampu parti "JAHANAM" tu, entah berapa balut ganja depa dah sedut, sampai keluar kenyataan pun melalut. Kita tunggu pulak esok, ada tak fatwa untuk Tugu Negara dan Tuan yang depa dok ampu la ni.... mangkak punya ahli agama.
Perhimpunan Aman tidak akan menjadi huru-hara kalau tidak ada gangguan daripada SB, Polis dan Puak-Puak umno. Kalau semua anasir yang disebutkan itu buat kacau. Bukan setakat HARAM saja... tapi memang HARAMJADAH jadinya....
Isa: Jadi tolong HARAMkan dulu anasir-anasir yang di sebutkan supaya ianya tidak menimbulkan soal HARAM dalam perhimpunan, lu fikir la sendiri....
Sumber:http://www.ikutsukaakuisa.co.cc/
No comments:
Post a Comment