Salam Ukhwah buat semua pembaca-pembaca blog ini.Sebelum ini saya pernah menerbitkan sebuah artikel tentang seorang tokoh pejuang Islam iaitu Syeikh Muhammad Abduh artikel itu bertajuk'Syeikh Muhammad Abduh Reformis Islam Yang Ulung' artikel tersebut menceritakan perjuangan serta sumbangan Syeikh muhammad Abduh kepada kebangkitan Revolusi Islam didunia.Tapi apa yang mengejutkan saya apabila ada seorang bloggers telah memberi komentarnya yang berbunyi:
Blogger berkata;
'Banyak lagi kisah Abduh ni yang tak diterang dengan jelas. Mungkin sebab artikel ini jenis cut-n-paste. Kisah dia jadi ahli freemason, kisah dia berkawan dengan ejen Foreign Affairs British Wilfred Blunt, kisah dia dilantik oleh Lord Cromer sebagai mufti, kisah dia berpakat dengan aliran teosofi dan lain-lain lagi.
Jadi, artikel ni berat sebelah. Sesuai untuk bacaan buku teks untuk lulus pengajian sekolah sekular.
Abduh adalah musuh Allah, Nabi dan Agamanya. Dia adalah antara dajjal-dajjal kecil makhluk perosak Khilafah.'
Demekianlah bunyi komentar blogers itu.Disebabkan itu saya terbangkit untuk menjawab semua tuduhan-tuduhan yang telah beliau lemparkan terhadap Syeikh Muhammad Abduh.Saya telah merujuk pelbagai buku dan diantaranya ialah sebuah buku hasil nukilan seorang tokoh pejuang Islam yang tidak dapat dipertikaikan lagi penulisannya iaitu Prof.Dr.Hamka seorang ulama tersohor diseluruh Nusantara.Saya telah meneliti dan membaca hasil nukilan beliau didalam buku beliau yang bertajuk 'Islam:Revolusi Idealogi Dan KeAdilan Sosial'
Didalam buku beliau telah diselitkan cerita mengenai Syeikh Muhammad Abduh dan gurunya Sayyid Jamaluddin Al-Afghani.Perihal mengenai mereka tercatat didalam bab yang bertajuk 'Bapa Revolusi Islam'.Didalam bab itu beliau menggambarkan Sayyid Jamaluddin dan Muhammad Abduh adalah individu yang bertangjungjawab menyuntik semangat kebangkitan Islam diseluruh dunia.Sayyid Jamaluddin Al-Afghani juga dikatakan beliau sebagai seorang mujaddid Islam terbesar dizaman itu untuk mengbangunkan umat Islam.Mereka juga bertanggung jawab menanam bibit-bibit kebencian Umat Islam terhadap bahaya penjajahan Barat terutama pihak Inggeris yang menjajah Mesir pada ketika itu.Mereka juga dianggap sebagai musuh NO 1 pihak inggeris pada ketika itu.Muhammad pernah dibuang negeri dari Mesir akibat kegagalan Revolusi Urabi.Beliau dihukum buang negeri selama 6tahun.Semasa dalam buanganlah beliau menyertai gurunya Jamaluddin Al-Afghani menerbitkan akhbar 'Al-Urwatul wutsqa' yang berpusat di Paris.Akhbar itu dilarang masuk ke negara-negara yang dikuasai Inggeris dan dianggap akkbar musuh no1 Inggeris. Beliau juga mengatakan yang Muhammad Abduh telah melalui pelbagai tribulasi,mehnah dan fitnah pihak yang tidak berpuashati terhadap beliau,ini kerana beliau adalah seorang Ulama yang berani berkata benar walaupun ketika berdepan dengan seorang penguasa ataupun raja. Beliau bersikap tegas dalam menangani perkara 'Amal Maaruf dan Nahi Mungkar' walaupun terpaksa berhadapan dengan Raja Mesir pada ketika iaitu Khadewi Abbas Hilmi Pasya.Akibat dari itu beliau mengundang kemarahan Khadewi.Akibat dendam terhadap Muhammad Abduh Khadewi pernah mengupah seorang Ulama untuk menulis fitnah perihal kematian Muhammad Abduh yang digambarkan mati dalam keadaan aib dan lidahnya terjulur sehasta.Ulama yang membuat fitnah itu dikenali sebagai Syeikh Annabhani. Muhammad Abduh juga difitnah sebagai seorang yang Mordernis,Sekularisme dan bersekongkol dengan pihak Barat.Berikutan tomahan dan tribulasi yang tidak putus-putus terhadap beliau, Muhammad Abduh mengambil keputusan berangkat ke Iskandariyah,dan disanalah beliau menghembuskan nafas terakhir pada tahun 1905.Sayid Al Bakri ulama yang berperanan dalam usaha melaga-lagakan muhammad Abduh dan Khadewi telah mengambil alih tempat Muhammad Abduh Sebagai Ulama diraja.Namun balasan ALLAH menimpanya,beliau telah menjadi gila dan dimasukkan kerumah sakit jiwa dan hanya keluar dari tempat itu 27 tahun kemudian. Namun ketika ingatannya datang sesekali dan ditanya tentang Muhammad Abduh beliau menjawab'Muhammad Abduh adalah orang yang besar dan harus dijulang tinggi'. Saya juga telah merujuk kepada 2buah buku lagi mengenai kebangkitan revolusi Islam dan pengaruh revolusi Islam.Buku ini bertajuk' Ulama' Dalam Sorotan Perjuangan Kemerdekaan' hasil nulikan Riduan Mohamad Nor(MA UKM) dan Mohd Fadli Ghani(MA UKM) dan satu lagi buku yang bertajuk 'Pengaruh Pemikiran As-Syahid Sayyid Qutb Terhadap Gerakan Islam Di Malaysia' hasil nukilan Fauzi Zakaria(MA UM).Kedua-dua buku ini juga tidak bercanggah faktanya dengan buku Prof.Dr.Hamka, namun buku ini ada mengulas tentang pembabitan Muhammad Abduh dengan Lord Kromer seorang Gabenor-Jeneral Inggeris di Mesir pada ketika itu.Hubungan itu diakui wujud namun tujuan Muhammad Abduh adalah untuk menjaga keselamatan dirinya dan memastikan program pembaikan dan naik taraf al-Azhar dapat dilaksanakan tanpa gangguan Khadewi Abbas. Ini kerana dasar Khadewi sejak zaman Muhammad Ali memenclkan Al-Azhar.Hal ini diketahui Muhammad Abduh lantas beliau terpaksa merapatkan diri dengan Lord Kromer kerana pada masa itu Mesir dikuasai dua kuasa yakni kuasa Khadewi dan kuasa Gabenor Jeneral Inggeris iaitu Lord Kromer. Namun apa yang jelas Sayyid Jamaluddin Al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh adalah pejuang yang bertanggungjawab menyedarkan umat Islam tentang bahaya penjajahan Barat.Muhammad Abduh semasa berada di London pernah secara terbuka menyatakan dan mengecam sekeras-kerasnya pendudukan Inggeris ditanah Mesir.Beliau berkata, tidak seharusnya umat Islam memberikan ketaatan kepada sesiapa pun selain dari orang Islam. Begitu juga dengan konsep pemerintahan secara Khalifah sebagai satu Institusi pemerintahan dalam Islam adalah suatu yang wajib bagi semua Umat Islam. Perihal ini dijelaskan oleh muridnya Muhammad Rashid Ridha. Sayyid Jamaluddin Al-Afghani,Syeikh Muhammad Abduh dan Muhammad Rashid Ridha adalah pelopor kepada konsep Pan Islamic .Konsep yang menekankan bahawasanya Perang salib masih berterusan hingga kehari ini oleh itu Umat Islam harus sentiasa berwaspada terhadap dakyah-dakyah Barat.Konsep ini juga menerapkan supaya Umat Islam memperbaiki akidah supaya selaras mengikut Al-Quran dan As-Sunnah dan konsep ini juga menyeru Umat Islam kembali kepada sistem Khalifah seperti zaman Khalifah-Khalifah Ar-Rasyidin.Gerakan Pan Islamic ini juga telah melahirkan tokoh-tokoh kebangkitan Islam seperti pengasas Ikhwan Al- Muslimin iaitu Imam Syahid Hassan Al-Banna dan Presiden Ulama Sedunia iaitu Dr.Yussuf Al-Qaradawi yang begitu mengagumi perjuangan Hassan Al-Bana dan Muhammad Rashid Ridha.Daripada ketiga-tiga buku yang telah saya rujuk , dapat saya merumuskan bahawasanya tomahan dan tuduhan Blogger itu adalah tidak berasas sama sekali.
Demikianlah huraian pembacaan saya sekaligus menangkis segala tomahan yang dilemparkan oleh blogers itu terhadap Syeikh Muhammad Abduh,anda sebagai pembaca blog ini boleh membuat rujukan anda sendiri dan anda dialu-alukan memberi komentar-komentar anda.Yang baik adalah dari ALLAH S.W.T dan yang buruk itu datangnya dari saya sendiri. Wabilahi taufik wa hidayah wasalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
1 comment:
Salam tuan. Bagaimana dgn fatwa sheikh abduh ni:
''Riba sememangnya tidak halal dalam semua hal, manakala Pejabat Pos melabur wang yg diambil daripada orang rama melalui deposit, sedangkan wang itu tidak dikira sebagai pinjaman kepada pihak pos.
Ia boleh jadi sebagai wang pelaburan seumpama syarat-syarat bagi suatu perkongsian dalam qirad.''
(Majalah Al-Manar, Vol.VI, bab18, ms 717)
Post a Comment