Umno perjuang kemerdekaan Tanah Melayu dan bangsa Melayu, fahaman ini seolah-olah telah terpahat diminda orang-orang Melayu sejak merdekanya Tanah Melayu pada tahun 1957.
Orang-orang Melayu menganggap seolah-olah hanya pegerakan UMNO sahaja yang memperjuangkan kebebasan Tanah Melayu daripada cengkaman penjajah.
Tapi kebanyakan dari anda pasti terkejut pada realiti sebenar yang tidak pernah diperkatakan dan seakan-akan telah dilupakan,bahawasanya Ulama memainkan peranan penting dalam peranan perjuangan memerdekakan Tanah Melayu.
Kenyataan ini seolah dipandang sepi oleh masyarakat Melayu dan orang-orang Malaysia umumnya. Sejak dari mula lagi Ulama memainkan peranan yang sangat penting dalam pegerakan2 pembebaskan Tanah Melayu dari cengkaman penjajah dan perjuangan untuk memartabatkan kalimah ALLAH ditempat yang tertinggi di Tanah Melayu.
Bermula dengan kemunculan tokoh-tokoh reformis Islam lulusan Mekah dan Mesir yang mendapat pengaruh daripada Bapa Kemerdekaan Tanah Melayu yang sepatutnya diangkat iaitu Sheikh Wan Ahmad bin Wan Muhammad Zain @ Zainal Abidin bin Wan Mustafa Al- Fathani atau lebih dikenali sebagai Sheikh Ahmad Al-Fathani.
Lahir pada 10 April 1856 (5 Sya’aban 1272) di Kampung Sena Janjar, Jambu,Negeri Jerim,Pattani dan wafat pada 14 Jan 1908.Perjuangannya membebaskan Tanah Melayu pada mulanya berpusat di kota Mekah.
Disana beliau mengumpul pelajar-pelajar melayu yang berlajar di Timur Tengah khususnya Mesir dan kemudian memperkenalkan mereka kepada tokoh Ulama dan reformis Islam iaitu Sheikh Muhammad Abduh murid kepada Sayid Jamaluddin Al-Afghani yang membawa konsep 'Pan Islamic' yakni islam secara global.Pencetusan gerakan Islah oleh Syed Jamaluddin al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh pada 1882 telah mempengaruhi kebangkitan semangat kebangsaan di Tanah Melayu.
Golongan pelajar di Tanah Melayu yang mendapat pendidikan di Timur Tengah, khususnya di Mesir telah membangkitkan semangat kebangsaan. Mereka yang menuntut di Universiti al-Azhar telah terpengaruh dengan idea pemulihan Islam yang dibawa oleh Sayid Jamaluddin al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh.
Sekembalinya mereka ke tanah air, mereka telah memulakan Gerakan Islah di Tanah Melayu. Golongan ini dikenali sebagai Kaum Muda.Kemudian lahirlah pejuang2 kemerdekaan yang berjuang dan ada antaranya syahid semata-mata untuk perjuangan Islam,bangsa dan tanah air.
Antara nama-nama yang turut berjuang ialah
Muhammad Yusuf Ahmad@'Tok Kenali',
Haji Hassan Munas@ 'Tok Janggut',
Dr Bahanuddin Al-Helmy(Presiden ke-3 PAS) dan ramai lagi sehingga tidak mampu saya nyatakan kerana terlalu ramai turut berjuang demi Agama dan Tanah Air.
Penubuhan Parti Islam Semalaysia(PAS) juga adalah lanjutan perjuangan menegakkan syiar Islam pada era kemerdekaan. PAS tertubuh kerana golongan Ulama yang ketika itu didalam UMNO berpendapat bahawa UMNO telah lari dari prinsip mereka yakni 'Amal maaruf dan Nahi mungkar' ini berikutan sikap pemimpin2 UMNO yang berfikiran sekular dengan memisahkan prinsip-prinsip pemeritahan secara Islam.
Walaupun PAS menentang keras dasar-dasar sekular UMNO tapi mereka UMNO masih menganggap PAS sebagai sayap mereka,tapi kebenarannya prinsip perjuangan PAS adalah sangat berbeza kerana PAS berpegang teguh kepada prinsip pemerintahan berteras 'Al-Quran dan AS-Sunnah' ini amat bercanggah dengan prinsip sekular yang di terapkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO pada ketika itu dan keadaannya tidak banyak berbeza pada masa kini.
UMNO tidak menjadi Al-Quran & As-Sunnah sebagai rujukan tapi mereka mengagungkan Undang-undang ciptaan Barat yang diterajui Lord William Reid atau lebih dikenali Suruhanjaya Reid. Undang-undang Malaysia akhirnya digubal sesuai dengan pilihan barat.
Tapi adalah amat malang perjuangan para ulama' yang berjuang bermati-matian itu secara tiba-tiba sahaja agenda perjuangan ini dirampas oleh UMNO yang hanya mula bercakap soal kemerdekaan pada tahun 1951.
Bacalah mana-mana buku pun sama ada yang berhaluan kiri atau kanan tentang sejarah tanah melayu pasti akan mengatakan bahawasanya umno adalah parti yang di tubuhkan oleh british untuk menahan kebangkitan parti-parti yang memperjuangkan kemerdekaan.
Nota-nota sejarah di dalam buku-buku teks sekolah sekarang sebenarnya telah di pinda untuk menampakan umno sebagai pejuang yangg tulin padahal mereka cuma pak turut kepada British.Generasi baru pada era ini sebenarnya tidak mengetahui bahawa Ulama' memainkan peranan yang sangat besar dalam perjuangan membebaskan Malaysia dari cengkaman penjajah.
Anak didik British ini memperoleh manfaat dan dikenang sebagai perjuang ulung kemerdekaan Tanah Melayu. Mereka meminggirkan bahkan melupakan perjuangan para ulama'.Sejarah hanya tertulis bahawasanya hanya UMNO yang kononnya bermatian memperjuangkan kemerdekaan seperti yang anda semua fikirkan.Berfikirlah sejenak siapakah yang sebenarnya bermati-matian menumpahkan darah demi Malaysia dan Islam Ulama' atau UMNO?
1 comment:
bagus.... artikel yang menarik utk tatapan pencinta kebenaran ..teruskan berkarya naimnikmat rakan seperjuangan .
Post a Comment