Monday, January 4, 2016

KISAH BENAR:AKU TAK MAHU 'KELING' TU SENTUH AKU, BANYAK ORANG LAIN BOLEH TOLONG AKU...

doctor 

“Aku tak nak keling datang dekat aku, tolong aku ke, banyak orang boleh tolong" itulah perkataan yang keluar daripada mulut seorang warga emas Melayu kepada seorang doktor muda berbangsa India yang kebetulan lalu ditempat kejadian kemalangan dan ingin merawat warga emas yang mengalami kemalangan motor itu...

Warga emas itu tidak mengetahui bahwa orang yang digelar 'keling' itu adalah seorang doktor... Namun apabila mengetahui orang yang digelar keling adalah seorang doktor, warga emas itu terkejut dan tidak menyangka bahwa orang yang digelar 'keling' itu adalah seorang doktor. Warga emas itu kemudiannya menukar nada dan berkata " Saya tidak tahu yang anda seorang doktor, tidak mengapa doktor boleh sentuh saya" warga emas itu tersenyum malu dan menyatakan kemaafan terhadap orang digelar 'keling' sebelum itu...


Dr Shalini Paramaswaran kemudian meluahkan perasaan terkilan beliau di media sosial dan mendapat simpati daripada netizen drpd pelbagai kaum...Status yang ditulis Dr. Shalini berbunyi " Sebelum ini saya seorang 'keling' yang hina tapi setelah tahu saya seorang doktor dia senyum dan berkata doktor boleh sentuh saya".

Status Dr Shalini itu mendapat 2,572 perkongsian, 1,295 komen, dan 7,074 like. Ada orang Melayu yang meminta maaf atas sikap warga emas itu dan ada yang menyatakan kekesalan terhadap sikap warga emas itu...

Bagi aku Islam tidak pernah mengajar ummatnya mengukur kemuliaan berdasarkan warna kulit selaras dgn firman Allah SWT yang bermaksud:


Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)


N'N: Mungkinkah pakcik tu penyokong tegar U**O@P**KASA?