Thursday, November 26, 2020

TOLANGLAH SEMUA BELAJARLAH DARIPADA KESILAPAN INI.



 Aku sendiri pernah disapa oleh seorang teman untuk join benda ni tetapi pengalaman lalu telah mengajar aku tiada jalan singkat untuk senang.



Aku dah tanam dalam mindset aku bahawa tiada jalan singkat untuk jadi kaya lebih² lagi benda yang langsung tidak masuk akal.

Aku nak cerita pengalaman aku 12 tahun yang lepas kisah benar yang terjadi kepada kawan karib aku sendiri.

Kisah bermula apabila beliau sangat terdesak untuk mencari duit belanja perkahwinan dan dalam keadaan terdesak itu beliau telah diajak oleh beberapa rakan untuk join sebuah skim yang menjanjikan bulan dan bintang.

Dia dibutakan dengan kereta² mewah yang ditayang depan mata. Daripada situ bermulalah episod hitam sahabat aku itu.

Didesak melabur dengan modal besar untuk untung besar, rakan aku itu telah meminjam sejumlah wang daripada ahli keluarga dan tidak berakhir disitu beliau turut membuat pinjaman bank semata-mata untuk melabur dengan modal besar.

Aku pernah menasihati beliau tetapi ayat yang keluar daripada mulutnya ialah "bila aku dah kaya nanti aku takkan lupa kat hang Naim".

Dipendekkan cerita bukan kaya yang beliau dapat tapi hutang keliling pinggang dan duit untuk belanja kahwin hangus...

Disaat dia terciduk aku dapat lihat betapa down dan sengsaranya dia. 

Kini tora datang datang lagi dan aku yakin rakan aku itu tidak lagi tertipu dengan skim² yang menjanjikan bulan dan bintang.

Sekian.



No comments: