Monday, August 10, 2020

PEMAIN JUDI ONLINE MUNCUL MEMPERTAHANKAN ASRI JANGGUT.

 


Katanya:

Aku org sg.buluh aku salah sorang pemain judi online di kedai2 yg dia katakan tu... Mmg benar kedai tu beroperasi jumaat malam aku baru je kalah 350..benda mmg wujud bukan fitnah pun... Ni la permainan mereka senang cerita hari2 port melepak main mesin...

Hari akhir aku main 07.08.2020 kes viral 
8. 08.2020... Satu hari je x smpi kedai tu tutup selepas 1 jam video ni viral... 

Ada 4 buah van dtg ke kedai kemas laptop dan mcm2, then pihak tu dtg hari ni buat ops mmg kelakar la...pastu kata ni fitnah plak mcm mn la org awam nak respect ngan pihak polis benda mcm ni pun benda betol di kata fitnah... 

Ha jap ni bukti untuk Tan sri Abdul Hamid
Bador kalau x percaya... Tgu benda ni reda senyap mohon tan sri turun diam2 lihat sndiri
mcm mana anak buah tan sri buat kerja...

Kredit:

https://www.facebook.com/groups/625023094246556/permalink/3183226545092852/


Secara tiba-tiba nama 'Asri Janggut' menjadi hangat diseluruh negara.

Individu yang  dikenali sebagai Asri Janggut itu telah membangkitkan isu kegiatan perjudian di kawasan Bandar Baru Sungai Buloh menerusi siaran Facebook.

Dalam dua versi video berdurasi 13 minit 28 saat dan lapan minit 29 saat yang dibuat secara langsung oleh pentadbir akaun Facebook Hot Burger Malaysia itu turut mendakwa premis perniagaan diusahakan warga Aceh 'kebal' kerana tidak dikenakan tindakan atas kesalahan menjual rokok seludup.

Beliau kemudiannya telah memuat naik status berkemungkinan dirinya akan dibunuh atas tindakan memuat naik video di laman sosial.

Walau bagaimanapun pihak Polis menafikan kenyataan yang ditularkan oleh Asri Janggut dan menegaskan bahawa pihak mereka tidak pernah berkompromi atau melindungi penjenayah dan sindiket judi tersebut susulan tindakan yang sudah kerap kali dibuat pihak Polis.

Namun timbul tanda tanya oleh masyarakat bagaimana kegiatan judi di situ masih lagi berluasa? 

Sumber:

https://www.sinarharian.com.my/article/95839/BERITA/Viral/Polis-cari-pemilik-akaun-Facebook-Asri-Janggut


N'N:Memang hairan bin ajaib sebab ini kali pertama aku dengar kaki judi mempertahankan orang yang nak basmi judi...

Mempertahan Asri Janggut tu bagus tapi berhentilah jadi tahi judi... Kalau tiada orang nak berjudi sindiket judi pun boleh gulung tikar.

No comments: