Tuesday, July 28, 2020

PELITUP MUKA & SOP SELAMATKAN TRAGEDI KLUSTER GUNTING RAMBUT.




YANG DEGIL TIDAK MAHU PAKAI PELITUP MUKA WAJIB BACA!

139 SELAMAT DARIPADA JANGKITAN COVID-19 KERANA TUKANG GUNTING RAMBUT DAN PELANGGAN PAKAI PELITUP MUKA DAN PATUH SOP.

2 orang tukang gunting di sebuah salun gunting rambut di Springfield, telah dikesan POSITIF Covid-19 setelah didapati mempunyai gejala pernafasan.

Walaupun telah mempunyai gejala, mereka masih terus bekerja selama 8 hari sebelum ujian dilakukan .

Dalam tempoh tersebut, 139 orang pelanggan telah terdedah kepada tukang gunting tersebut. Setiap pelanggan terdedah lebih dari 15 minit dengan jarak dekat (<1 meter) dengan tukang gunting tersebut.

Namun syukur, tukang gunting dan semua pelanggan mematuhi SOP dengan memakai topeng muka semasa menggunting rambut. Saringan yang dilakukan kepada 139 pelanggan didapati TIADA seorang pun pelanggan yang positif Covid-19!

Kejadian kluster gunting rambut ini membuktikan kepentingan dan keberkesanan pemakaian topeng muka dan pematuhan SOP dalam mencegah penularan jangkitan.

Kegiatan ekonomi, sekolah dan industri perlu diteruskan. Kita tidak lagi mampu untuk menanggung kesan ekonomi jika PKP diteruskan 

Cuma mohon kerjasama semua untuk mematuhi SOP dan memakai topeng muka di tempat awam. Bersabarlah, kita semua sedang berjuang.

Sumber

Hendrix MJ, Walde C, Findley K, Trotman R. Absence of Apparent Transmission of SARS-CoV-2 from Two Stylists After Exposure at a Hair Salon with a Universal Face Covering Policy — Springfield, Missouri, May 2020. MMWR Morb Mortal Wkly Rep 2020;69:930-932. DOI: http://dx.doi.org/10.15585/mmwr.mm6928e2

Sumber:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2696134137343108&id=1712327752390423

Kerana pakai pelitup muka dan patuh SOP dengan izin Allah SWT mereka semua terhindar daripada wabak pandemik Covid-19.

Islam tidak menyuruh kita hanya berdoa dan bertawakal tetapi harus disusuli dengan usaha.

No comments: