Thursday, July 16, 2020

NAJIB RAZAK CABAR KERAJAAN DAP P.PINANG SAMAN JIKA KENYATAAN BELIAU INI FITNAH.





Najib Razak

Saya tuduh kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah Lim Guan Eng telah selesai membayar RM120,435,623.08 (RM120.4 juta) bagi kos kajian kebolehlaksanaan pada tahun 2015 untuk projek Laluan Berkembar Pesisir Pantai Utara
menghubungkan Tanjung Bungah dan Teluk Bahang yang panjangnya 10km dengan kos pembinaan RM377,566,000 (RM377.6 juta).

Ini bermaksud kos kajian sahaja adalah sebanyak RM12.4 juta bagi setiap kilometer jalan berkembar itu.

Lima tahun selepas kos kajian dibayar sepenuhnya, tidak ada sebarang kerja pembinaan pernah bermula untuk projek tersebut.

Sila saman saya jika saya fitnah.

Sumber: FB Najib Razak


Sekarang semua mata tertumpu kepada Kerajaan DAP P.PINANG, samada mereka berani menyaman Najib Razak atau hanya mampu berdiam diri.



No comments: