Sunday, July 19, 2020

INI PENDIRIAN TERKINI KERAJAAN TERHADAP 'UEC'.




KENYATAAN MEDIA PEJABAT PERDANA MENTERI

ISU PENGIKTIRAFAN UEC

Berhubung isu pengiktirafan Unified Examination Certificate (UEC) yang dibangkitkan dalam pertemuan pimpinan Hua Zhong Bersama YAB Perdana Menteri pada 16 Julai 2020, ingin dijelaskan bahawa YAB Perdana Menteri tidak menyatakan kerajaan akan mengiktiraf sijil UEC.

YAB Perdana Menteri menyebut bahawa UEC telah mendapat pengiktirafan sebahagian (partial recognition) apabila kerajaan pada masa lalu telah menerima lepasan UEC untuk mengikuti Program ljazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dalam bidang pengkhususan Bahasa Cina di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)

Kerajaan pada tahun 2012 telah menerima lepasan UEC untuk mengikuti program PISMP dalam bidang Bahasa Cina dengan syarat mereka lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan memperolehi sekurang-kurangnya gred kepujian dalam Bahasa Melayu.

YAB Perdana Menteri juga menegaskan UEC perlu mengikut Dasar Pendidikan
Kebangsaan sekiranya mahu dipertimbangkan penyelesaiannya oleh kerajaan pada masa hadapan.

Pejabat Perdana Menteri
19 Julai 2020



1 comment:

Isaac said...

sendiri buat hal sendiri takut...Hampeh