Saturday, April 4, 2020

ANDA PILIH ROKOK ATAU KEPERLUAN ASAS?



SIMPANG RENGGAM – Makanan kucing dan rokok merupakan antara barang yang diminta penduduk Kampung Dato Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato Ibrahim Majid di Simpang Renggam yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatakan. 

China Press melaporkan, Jabatan Kebajikan Masyarakat bagaimanapun tidak dapat memenuhi permintaan penduduk berkenaan kerana apa yang diminta bukanlah barang keperluan asas. 

Jabatan Kebajikan Masyarakat Kluang sebaliknya meminta perokok yang berdepan “kekurangan stok” kerana tidak dapat membeli rokok dalam tempoh kawalan pergerakan supaya mengambil peluang untuk membuang tabiat merokok yang tidak sihat. - Malaysian Gazette

Post ini bukan bertujuan untuk menghina perokok tetapi hanya ingin bertanya jika diminta untuk membuat pilihan antara dua bentuk bantuan pertama kotak yang berisi keperluan asas seperti beras,sardin dalam tin dan telur atau kedua kotak yang berisi rokok untuk bekalan sebulan, anda hanya boleh pilih satu kotak sahaja. 

Sebagai ketua keluarga kotak mana yang anda akan pilih?

Jika tanya saya, saya akan pilih kotak berisi keperluan asas dan akan mula berazam untuk berhenti merokok.

Kerana rokok hanyalah gaya hidup yang tidak sihat. 

Sekali lagi post ini bukan bertujuan untuk menghina tapi anggaplah sebagai nasihat.





No comments: